Risau Anak-Anak Ayam Peliharaan Semakin Berkurangan. Bingung Apa Lagi Nak Buat.

Enam ekor anak kini tinggal 4 ekor. 


Ayam Betina Serentak Telur Menetas, Bingung Bila Semua Telur  Serentak Menetas.

Updatedkan blog lagi awal pagi hari ini, setelah 13.01 tiada kemasukan catatan baru di Laman Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Kesempatan awal bangun hari ini 14.01 dapatlah kemas kinikan blog dengan paparan tetang ayam betina peliharaan di Laman.

Memang sangat seronok apabila memelihara ayam kampung. Sekelip mata membiak dengan banyak terutama apabila semua ayam betina bertelur dan telur menetas setelah 21 hari ayam betina mengeramkan telur-telur tersebut. Saat melihat anak ayam yang comel hati sangat girang dan suka hati. Tetapi kemudian hati menjadi sangat risau apabila ayam betina serentas meneteskan telur menjadi banyak anak ayam di reban. Bertambah risau apabila sering tinggalkan laman apabila sekolah sesi 2026 telah bermula.Hanya mampu berdoa semoga anak-anak ayam selamat dan dapat membesar setelah selamat dari pemangsa seperti biawak dan anjing liar yang datang memakan anak-anak ayam peliharaan Etuza.

Faktor Risau Apabila Banyak Anak-Anak Ayam Di Reban.

😏 Anjing liar datang menyelinap menganggu dan membaham anak-anak ayam yang keluar dari reban.
😏 Mendengar riuh anak-anak ayam apabila ayam betina bercakaran/ bergaduh, biawak akan terdengar dan perlahan menyelinap masuk ke dalam reban memakan anak ayam dan telur ayam.
😏Risau tidak dapat memberikan penjagaan yang baik dan selamat kepada semua anak ayam yang ada.
😏Risau anak-anak ayam peliharaan mati akibat cuaca sejuk pada waktu malam dan awal pagi, pasti ada yang sakit dan lemah.
😏Risau sekali apabila ada anak ayam dijangkiti penyakit yang sukar diubati.
😏Risau apabila anak-anak ayam kehilangan ibu ayam ( betina ) apabila dimakan biawak yang datang.Dan situasi ini telah berlaku beberapa bulan yang lalu.
😏Risau sangat termasuk akan berlaku tiba-tiba ayam betina atau anak ayam hilang tanpa kesan, kerana pernah berlaku di laman Etuza.

Anak Ayam Kini Ternyata Berkurangan dan Memang Sedih. 

Sedih bila ayak-anak ayam kini berkurangan kerana ada yang mati akibat cuaca sejuk, dipatuk oleh ayam betina yang bukan indung anak ayam tersebut. Ada anak ayam hilang tanpa kesan. Ada yang ternyata di makan anjing dan di makan bawak yang datang ke reban ayam apabila kami tinggalkan rumah. Beginilah keadaan rumah apabila bersendiri di kebun bergeran. Tiada jiran kita harap untuk pantau pagi dan petang ayam peliharaan dan menjaga persekitaran rumah. 

Hanya mampu berdoa kepada Tuhan semoga ada keajaiban dariNya. Kerana Etuza tidak dapat berbuat apa lagi jika kami tinggalkan rumah apabila ada urusan mendesak ke Kota Kinabalu atau ke tempat kerja.

Kepada pembaca maya blog Etuza dan teman-teman blogger saya kongsikan SINI khasiat ayam kampung dan khasiat telur ayam kampung. Sila klik perkataan SINI. Selamat Membaca paparan Etuza pagi hari ini. Jumpa lagi di lain artikal.

Kesimpulan
Ayam kampung, terutamanya yang diternak secara organik, lebih berkhasiat kerana cara pemakanan semula jadi (serangga, bijirin) dan kebebasan bergerak, memberikan nutrien lebih padat dan mengurangkan bahan kimia berbanding ayam komersial. ( Sumber Al Ikhtiar Google Search)

Dari 9 ekor tinggal 3 ekor. Anak masih 3 ekor hingga kini.


Dari 6 ekor kini tinggal dua ekor. Entah kemana 4 ekor..

4 ekor anak hilang semua, Ada yang mati kesejukan dan yang lain hilang di kebun getah.


Ibu ayam ini juga ada anak baru, lupa ambil gambar kembangan ayam betina ini.
 

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. comel je anak ayam ni. pernah masa kecik kena kejar dengan mak ayam tu sebab kacau anak dia.

    BalasPadam
  2. Nampak jelas betapa besarnya kasih sayang dan usaha nak jaga mereka. Bila jumlahnya makin berkurang, memang wajar rasa risau dan bingung, tapi dalam masa sama terserlah betapa kuatnya kesabaran dan perhatian tuan terhadap peliharaan kecil ni.
    Kadang-kadang pengalaman macam ni jadi pengajaran berharga, walaupun mencabar, tetap ada nilai kasih dan tanggungjawab yang mendalam.

    BalasPadam
  3. Banyak juga ternakan cikgu 👍🏻

    BalasPadam
  4. inilah risiko bela ayam kan..dulu Ayah SA bela ayam..beli 20 ekor..yang hidup cuma 15 ekor je..itulah yang dijaga dari kecik sampai lah terlalu dewasa..masa tu hidup kami tak susah..x senang jugak..kalau tiba hari lahir..ayah sembelih ayam dan buat goreng KFC, beli tepung KFC yang dalam kotak tu...itu dah cukup puas dah...kenangan kan...semuanya indah

    BalasPadam
  5. Bela ayam sendiri dapat makan telur ayam kampung yang berkhasiat

    BalasPadam
  6. Kat reban ayam belakang rumah pokcik pula musuh utama ayam, ular sawa, JPAM dah tangkap, ular senduk dah tangkap, anjing liar dan biawak..

    BalasPadam
  7. Kat reban ayam belakang rumah pokcik pula musuh utama ayam, ular sawa, JPAM dah tangkap, ular senduk dah tangkap, anjing liar dan biawak..

    BalasPadam
  8. Cantik pulak anak ayam berwarna hitam putih tu. Ibunya semua hitam.

    BalasPadam
  9. sayu hati bila anak ayam yg comel dibaham biawak atau anjing kan cikgu. haritu ipar cerita dia pening sebab ayam dia tercabut kaki, ada yg kepak je tinggal. rupanya bila selidik ada anjing liar memburu ayam . ingatkan makhluk apa,katanya

    BalasPadam
  10. rajin cikgu ternak ayam kampung moga semakin biak n terhindar dari gejala penyakit n gangguan anjing liar

    BalasPadam
  11. Untung juga ada tanah besar di kampung untuk pelihara ayam kampung...memang sihat ayam kampung

    BalasPadam
  12. Oh mereka tidak dikurung ya Abang? Atau sesekali dilepas?

    Masalah ayam dimakan predator memang sering dihadapi. Papa saya punya peternakan ayam petelur . Tapi kandangnya dibuat tinggi dan memang ada yg menjaga, sebab bisnis kan. Kalau tak, rugi, habis dimakan 😅

    BalasPadam
  13. my hubby suka sgt mkn masakan ayam kampung..cuma kat KL ni memang mahal lah harga dia berbanding ayam bandar tu

    BalasPadam
  14. Kalau binatang ternakan yang kita pelihara dan kita sayang hilang, pasti kita akan rasa sedih dan bimbang kan... Moga ayam-ayam peliharaan cikgu Etuza terus membiak dan menbesar dengan baik.

    BalasPadam
  15. Ini kena bincang dengan Wak Warisan Petani

    BalasPadam
  16. walau kurung dalam reban pun, biawak boleh masuk ke? memang risau kalau biawak atau ular yg makan anak2 ayam tu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.