 |
| Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah, staff sokongan, Staff guru dan warga murid dan pelajar Siswa Siswi di mana juga berada di Malaysia. |
 |
| Sumbangan Sara Asas Rahmah, Senario hingga ke 9 Febuari 2026. Rezeki tidak terduga. Pohonlah agar tidak terlepas.Semoga benar-benar rezeki anda. |
 |
Tahniah kepada anak lelaki Saudara Yusah yang merupakan seorang pemandu Bas. Dikenali juga nama Yusah sebagai Damirin berasal dari Kampung Penagatan Ulu.
Tahniah & Syabas
Kaslan Bin Yusah, merupakan anak lelaki sulung saudara Damirin atau Yusah yang mana En. Yusah atau Damirin Bin Warasan adalah berasal dari Kampung Penagatan Ulu, kampung Etuza. Anak lelakinya bernama Kaslan telah dinaikan pangkat senagi Pengetua di SMK Terus Madi Keningau, Sabah. En. Kaslan merupakan pengetua termuda di Daerah Keningau. Syabas dan Tahniah kepada En. Kaslan dan juga kepada ibubapanya En. Damirin @ Yusah dan Isterinya bernama Pun Julinah. |
Selamat Kembali Ke Sekolah.
Kepada semua warga sekolah tidak kira staff sokongan, staff guru dan warga murid atau pelajar serta siswa siswi, Etuza hendak ucapkan selamat kembali ke sekolah pada 12.01.2026. Kepada yang balik ke tempat kerja dari kampung hati-hati memandu , jadilah pemandu yang berhemah di atas jalan raya. Pastikan kelengkapan sekolah telah disediakan dan hati tenang untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2026 yang bermula Januari 2026.
Berita Sara Asas Rahmah.
Ini berita yang sangat menggembirakan. tetapi jika terlepas pandang dan lupa isi maklumat tentang butir keperluan anda, maka peluang untuk mendapatkan rezeki berbentuk kewangan ini akan terlepas. Dan tidak ustahil perkara ini akan berlaku. Terima kasih kepada pucuk pimpinan kerajaan Datuk Sri Anuar Ibrahim yang juga menteri kewangan dengan memberikan peluang ini. Semoga rakyat gembiura dan mendapat agihan dengan telus dan adil saksama.
 |
| Ini berita hebat, petang kemarin masuk whatsupp. Tahniah kepada Izwan Haji Sahidi. |
[5:05 PTG, 9/1/2026] Mian: Tajuk buku: Merhaba Istanbul
Penulis: Izwan Sahidi
Editor: Fauziyah binti Nurdin
Pereka Kulit Buku: Iqmal Izzat
Bil. Muka Surat: 205
ISBN: 9786299628903
Harga Buku: RM29
Sinopsis:
Buku Merhaba Istanbul merupakan sebuah travelog yang mengisahkan perjalanan dan pengalaman penulis di Istanbul, Turki. Buku ini bukan sekadar catatan perjalanan santai, tetapi sebuah naskah yang menceritakan sejarah ringkas Empayar Uthmaniyah (kerajaan Islam) dan kerajaan Sekular di zaman Mustafa Kemal Ataturk. Selain itu penulisan ini bersifat reflektif yang menceritakan peristiwa, suasana dan budaya masyarakat Istanbul melalui pemerhatian singkat dan interaksi penulis dengan orang Turki.
[5:05 PTG, 9/1/2026] Mian: Alhamdulillah...ada buku ilmiah...dihsilkn oleh Cgu Izwan Sahidi..pd yg mau beli buli pm beliau no hp +60 12-242 5925
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.