Berita Terkini DI Blog Pesona Etuza Hari Ini.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah, staff sokongan, Staff guru dan warga murid dan pelajar Siswa Siswi di mana juga berada di Malaysia.


Sumbangan Sara Asas Rahmah, Senario hingga ke 9 Febuari 2026. Rezeki tidak terduga. Pohonlah agar tidak terlepas.Semoga benar-benar rezeki anda.

Tahniah kepada anak lelaki Saudara Yusah yang merupakan seorang pemandu Bas.
Dikenali juga nama Yusah sebagai Damirin berasal dari Kampung Penagatan Ulu.

Tahniah & Syabas 

Kaslan Bin Yusah, merupakan anak lelaki sulung saudara Damirin atau Yusah yang mana En. Yusah atau Damirin Bin Warasan adalah berasal dari Kampung Penagatan Ulu, kampung Etuza. Anak lelakinya bernama Kaslan telah dinaikan pangkat senagi Pengetua di SMK Terus Madi Keningau, Sabah. En. Kaslan merupakan pengetua termuda di Daerah Keningau. Syabas dan Tahniah kepada En. Kaslan dan juga kepada ibubapanya En. Damirin @ Yusah dan Isterinya bernama Pun Julinah. 

Selamat Kembali Ke Sekolah.

Kepada semua warga sekolah tidak kira staff sokongan, staff guru dan warga murid atau pelajar serta siswa siswi, Etuza hendak ucapkan selamat kembali ke sekolah pada 12.01.2026. Kepada yang balik ke tempat kerja dari kampung hati-hati memandu , jadilah pemandu yang berhemah di atas jalan raya. Pastikan kelengkapan sekolah telah disediakan dan hati tenang untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2026 yang bermula Januari 2026.

Berita Sara Asas Rahmah.

Ini berita yang sangat menggembirakan. tetapi jika terlepas pandang dan lupa isi maklumat tentang butir keperluan anda, maka peluang untuk mendapatkan rezeki berbentuk kewangan ini akan terlepas. Dan tidak ustahil perkara ini akan berlaku. Terima kasih kepada pucuk pimpinan kerajaan Datuk Sri Anuar Ibrahim yang juga menteri kewangan  dengan memberikan peluang ini. Semoga rakyat gembiura dan mendapat agihan dengan telus dan adil saksama. 

Ini berita hebat, petang kemarin masuk whatsupp. Tahniah kepada Izwan Haji Sahidi.

[5:05 PTG, 9/1/2026] Mian: Tajuk buku: Merhaba Istanbul

Penulis: Izwan Sahidi 

Editor: Fauziyah binti Nurdin

Pereka Kulit Buku: Iqmal Izzat

Bil. Muka Surat: 205

ISBN: 9786299628903

Harga Buku: RM29

Sinopsis: 

Buku Merhaba Istanbul merupakan sebuah travelog yang mengisahkan perjalanan dan pengalaman penulis di Istanbul, Turki. Buku ini bukan sekadar catatan perjalanan santai, tetapi sebuah naskah yang menceritakan sejarah ringkas Empayar Uthmaniyah (kerajaan Islam) dan kerajaan Sekular di zaman Mustafa Kemal Ataturk. Selain itu penulisan ini bersifat reflektif yang  menceritakan peristiwa, suasana dan budaya masyarakat Istanbul melalui pemerhatian singkat dan interaksi penulis dengan orang Turki.

[5:05 PTG, 9/1/2026] Mian: Alhamdulillah...ada buku ilmiah...dihsilkn oleh Cgu Izwan Sahidi..pd yg mau beli buli pm beliau  no hp +60 12-242 5925

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah..Tunggu SARA kategori bujang.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..tahniah semua..
    Selamat kembali ke sekolah buat cikgu Etuza.. Linda pun ambil cuti 2 hari sempena masuk sesi baharu ni

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dan Tahniah Encik Kaslan. Selamat kembali ke sekolah buat anak2 dan guru2 yang semuanya yang sentiasa dedikasi.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah melimpah rezzeki awal tahun manfaatkan sebaiknya

    BalasPadam
  5. alhamdulilah tahniah...selamat kembali ke sekolah anak2 tahun ni 2026, dan selamat shopping sara hihi

    BalasPadam
  6. mesti busy di awal persekolahan ni kan cikgu. pasti banyak meeting

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah anak2 dah kembali ke sekolah.. mula lah kesibukan setiap hari memenuhi aktiviti.. bantuan dah nak masuk alhamdulillah syukur..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah👍
    tahniah💪
    selamat kembali ke sekolah buat semua pelajar dan warga kerja sekolah...

    BalasPadam
  9. Selamat kembali ke sekolah sesi 2026.

    BalasPadam
  10. Semoga hari pertama anak2 kembali sekolah tak jammed ya bang ☺️. Sebab di sini jammed sangat jalanan hahahahaha.

    Saya baru tahu PM di sana boleh rangkap jabatan sebagai menteri juga 🙂.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.