Menjelang Dicember 2025 Banyak Kebahagiaan Yang Bakal Dicipta.

Menjelang Dicember, bulan yang pasti membahagiakan kepada semua.

 Menjelang Dicember 2025.

Kemaskinikan blog pada 2.12.2025 bersamaan awal pagi Selasa minggu pertama pada Bulan Dicember 2025 yang kini telah dua hari menjelang tiba.

Dicember tiap tahun pasti ada banyak terlakar kenangan yang bakal membahagiakan kepada semua yang mempunyai jiwa yang hidup, segar dengan rasa bersyukur atas semua nikmat yang Allah kurniakan.Dicember ini adalah penutup pada semua Bulan dalam setahun. Bermula Januari dan akhirnya Bulan Dicember. Syukur kerana pada tahun ini sudah ke 2 hari kita menikmati Bulan Dicember ini.

Dicember Dalam Lakaran Hidup Etuza 2025.

💁 2,3 dan 4 Dicember Etuza flight ke Shah Alam mengiringi anak ke Konvokesyen.
💁 Sedikit menggunakan masa 2,3 dan 4 Dicember ke Putrajaya, KLCC dan sekitar Shah Alam. Disini ada Jambatan Saloma yang saya google search. Menarik.
💁 Banyak, pastinya momen bahagia pada Dicember ini, bulan yang menutup tirai setahun semasa, kita pastikan damai dan tenang melaluinya. Aamiin.
💁Dicember hari kelahiran anak lelaki Etuza yang ke 4. Bakal meraikan hari lahirnya , itu bakal dilalui.Semoga Allah lancarkan apa juga urusan.Aamiin.
💁 Telah direncanakan oleh Jabatan Majlis Makan Malam pada Dicember ini di sebuah hotel terkenal di Keningau, Sabah.
💁 Cuti persekolahan yang agak panjang, memungkinkan banyak melakukan perjalanan bersama anak-anak tersayang. Sekurang-kurangnya menikmati makan bersama-sama.
💁 Menghadiri pastinya dengan lapang dada jika ada majlis perkahwinan, menghadiri kenduri apabila ada jemputan.
💁 Boleh merancang pelancongan pada Dicember 2025. Dan banyak lagi yang bakal kita cipta pada Dicember ini. 
💁 Anda dan keluarga ke mana pada Dicember ini dan apa harapan yang membahagiakan anda pada Dicember ini?.

Selamat menikmati hari-hari yang indah sepanjang Dicember 2025. Salam ingatan tulus ikhlas dari Etuza.
Gambar kenangan ini pada 2015. Baju Melayu merah tanda sentiasa bersemangat dan ceria.
Gambar sekadar menghiasi blog ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan