Senyum tawa 5 guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau berakhir hari ini.
10.11.2025, bersamaan hari Isnin, hari terakhir bersama 5 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau. Mereka berlima menjalani Latihan Mengajar Fasa 1 di SK. Penagatan, Keningau, Sabah selama 3 bulan. Mata pelajaran yang mereka jalani sebagai pelatih ialah RBT, PJK, PSV dan Bahasa Melayu. Guru Pembimbing yang terlibat ialah Cg. Piah, Cg. Siti Aminah, Cg.Josey dan Cg. Haryati.
Tahniah & Syabas Kepada Mereka Berlima Berjaya Menjalani Latihan Mengajar Fasa 1 2025.
SK. Penagatan merupakan sekolah luar bandar yang menjadi pilihan 5 orang guru pelatih dari IPGM. Kehadiran mereka disambut penuh hormat bermula dengan sesi perkenalkan diri kepada semua warga sekolah di Dewan Terbuka sekolah. Mereka sangat gigih, sabar dan menyiapkan Folio LM mereka dengan kemas dan sentiasa dirancang. Kali ini Etuza tidak terlibat sebagai pembimbing, giliran membimbing mata pelajaran Bahasa KadazanDusun telah dilaksanakan pada awal tahun, di mana salah seorang Guru Pelatih di bawah bimbingan Etuza berjaya mendapat pangkat CEMERLANG fasa Latihan 2 .
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada guru pelatih, acara lain ialah bersalaman dengan semua murid, memohon maaf sekiranya ada kata-kata menyakiti murid sekolah,tahniah dan syabas! atas kejayaan yang cemerlang semasa menjalani Praktikum Fasa 1. Pasti banyak pengalaman yang mereka perolehi sepanjang LM di sini. Semua GP merasa berterima kasih kepada pihak sekolah serta memohon maaf jika terdapat kata-kata tidak baik.
Mereka berlima merasa sangat kekurangan ilmu dalam dunia pendidikan tetapi apabila menjalani latihan mengajar, semua guru di sekolah ini dengan ikhlas dan ringan hati untuk memberi ilmu dan bimbingan. Kesempatan ini juga guru pelatih dan semua warga guru bersalaman tanda memohon maaf jika ada menyentuh emosi sesiapa individu.
Nasi Beriani Hidangan Istemewa Sempena Majlis Perpisahan dengan Guru Pelatih dari IPGM Keningau. Sayur pula ialah acar timun dan sayur campur brokoli , cendawan dan kekacang. Minuman yang disediakan ialah nescafe ais.
Secara peribadi, Etuza mengucapkan tahniah dan syabas kepada 5 orang guru pelatih dari IPGM Keningau ini. Mereka sesungguhnya banyak membantu pihak sekolah menjayakan banyak program di sekolah. Mereka menghulurkan bantuan tanpa mengeluh, sesuai sebagai guru pelatih yang harus belajar banyak perkara dari warga guru yang senior dalam perkhidmatan. Maafkan saya jika pernah menyakiti hati, maafkan kesalahan saya kerana saya manusia biasa yang tidak sempurna. Teruskan usaha dan jangan putus asa dalam melebarkan ilmu pengetahuan dalam bidang kerjaya sebagai seorang pendidik. Baiklah mari lihat gambar kenangan bersama guru pelatih yang masih muda belia ini. |
2 Ulasan
Tahniah.. selesai praktikum
BalasPadamHari ini terakhir mereka wak..
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.