Akhirnya ada Widget Top Komentar Dalam Blog Etuza. Terima kasih kepada yang membantu.
27.09.2025 updated kan blog lagi. Hari Sabtu hujung minggu yang menghimpunkan banyak debaran kepada family Etuza apbila anak ke 3 di tahan di wad bersalin untuk bersedia bila-bila masa bersalin ( beranak ) anaknya yang pertama. Sebagai ibubapa sama seperti ada debaran yang hebat semasa menanti kelahiran cucu pertama dari menantu pada bulan November tahun 2024. Sekali lagi bulan September 2025, anak masuk wad untuk bersalin.Debaran itu kembali, tetapi kami hadapi dengan tenang dan penuh yakin bahawa Allah itu lebih mengetahui segalanya, bila lahir, masa apa lahir segalanya atas kekuasanNya.
Fungsi Widget Top Komentar Dalam Blog.
Ada banyak fungsi top komentator dalam sideber blog kita masing-masing. Awal permulaan blogging, blog Etuza ada sediakan widget top komentar, tetapi entah bagaimana hilang widget tersebut. Kini kembali lagi meletakkan ruang Top Komentar pada hari ini. Alhamdulillah dengan bantuan blogger yang sudi membantu telah ada Widegt Top Komentar idaman Etuza. Terpampang siapa blogger yang naik ranking teratas pada ruang komen tersebut. Blogger AMIE's mendahuli masa ini. Tahniah blogger Amie.
1, Widget Top Komentar memaparkan gambar imej menarik bagi sesiapa yang hendak komen blog kita pada setaip susunan catatan kita di blog. Memaparkan juga jumlah komentar individu tersebut di blog kita.
2. Top komentar menjadikan blog kita cantik dan hidup dengan hubungan interaksi menerusi ruangan komen di blog.
4. Memudahkan kita sebagai addmin blog membuat blog walking dengan keutamaan kepada 10 blogger dalam top komentar. Kita terjah blog mereka berdasarkan siapa imej yang keluar dahulu.
5. Memudahkan addmin blog seperti Etuza mengesan untuk pemberian anugerah yang diistilahkan sebagai SAHAM AKHIRAT dengan memberi kepada blogger yang paling TOP.
Pada Etuza itulah beberapa perkara dalam ruang Top Komentar yang Etuza fikirkan kepentingan dan fungsi Widget top komentar. Etuza mengucapkan selamat datang kepada 10 imej yang mendahului. Tahniah dan teruskan berkarya di blog anda.
Welcome di paparan baru blog Etuza. Untuk klik ke atas klik
Back to top di sebelah kanan bawah dan
klik HOME agar paparan entry lain akan keluar.
1 Ulasan
Alhamdulillah dah kembali ada widget top komentator. Tahniah.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.