Borneo Beach & Mangrove Resort

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kembali lagi di laman ini, malam ini berkesempatan mencatat pengalaman manis apabila berkesempatan memenuhi jemputan anak ke Tuaran Kota Kinabalu, Sabah. Anak menjemput kami semua sekeluarga ( kecuali yang sedang study di UITM ) di Tuaran tetapi bukan menginap di rumahnya tetapi di Borneo Beach & Mangrove Resort. Anak terus menempah tiga buah bilik yang cukup luas dan cantik di resort ini.

Borneo Beach & Mangrove Resort Di Tuaran, Sabah.

Tempat ini dibina berdekatan dengan laut. Tidak hairanlah kawasan resort ini sangat disukai oleh masyarakat Sabah dan pelancong lain datang ke resort yang baru tahun 2025 dibuka. Sebuah kawasan Resort yang luas dan mempunyai banyak penginapan yang dibina berkonsepkan kayu. Sangat menarik dan mempersonakan.

Kami disambut gembira oleh pekerja yang ramah tamah. Sebaik sampai kami dijemput naik kereta bersiar ke bilik penginapan. Semua beg diletakkan di belakang kereta bersiar ini. Memang seronok dan enjoy. 

Petang lebih kurang jam 5.30 petang kami ke tepi pantai, tetapi kami tidak lama di tepi pantai ekoran angin bertiup sangat inkuat dan kurang sesuai situasi berangin kencang apabila membawa baby di tepi pantai. Masa ini juga anak -anak Etuza seramai empat orang pergi mengayuh basikal dan bersiran mengikut laluan yang disediakan.

Untuk minum petang kami diberikan sajian air minum secara percuma. Untuk sarapan juga diberi secara percuma pada esok hari. Terima kasih kepada anak-anak Etuza kerana membawa kami untuk pertama kalinya di Resort yang saya kira amat menarik yang pernah Etuza datangi.  Karambunai Resort juga pernag Etuza datang bersama keluarga suatu masa lalu. Kepada anda Etza kongsikan beberapa gambar yang di rakan sekitar hari pertama di Borneo Beach Mangrove 

Pintu masuk tempata ini

Tisu yang terpamer nama resort ini

Dua tempat penginapan yang sangat canti, kemas dan luas

Penginapan lain yang sudah di diami oleh pelancong

Rumah ini, tempat Etuza tinggal bersama 3 orang anak lelaki

Dekat pantai tepi laut. Nilah Tuaran

Etuza 






Catat Ulasan

0 Ulasan