Alat Istemewa Untuk Lelaki

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Semoga pembaca maya hari ini ceria dan gembira dalam apa juga kerja-kerja harian. Paling penting ialah bersyukur kepada Allah kerana masih anugerahkan lagi nadi untuk kita bernafas di bumi ini.

Kali ini sedikit hendak kongsikan beberapa alat penting kepada lelaki, apa tah lagi jika hendak keluar melancong dalam negeri atau dalam negara dan ke luar negara. Hebat rasanya jika dapat pergi ke suatu tempat dengan hati girang. Alat-alat ini bukan lah begitu wajib kepada lelaki, akan tetapi jika anda lelaki yang mahu tampil lebih bermotivasi, yakin diri dan melindungi keaiban diri, nah silakan bawa alat-alat seperti ini apabila keluar melancong khasnya.

Alat Istemewa Untuk Lelaki

Lelaki sebenarnya sudah sinonim dengan alat ini. Terutama pisau cukur dan gunting kecil. Jika tidak bawa bagaimana penampilan wajah apabila janggut atau misai menjadi panjang. Pasti muka nampak serabut, bersepah kerana misai tidak kemas. Di sini akan menyebabkan lelaki akan kurang yakin dan malu sendiri. Jika lelaki berusia tiada masalah sangat, bagaimana jika lelaki itu masih muda belia, remaja atau lelaki dewasa yang belum berkahwin, Etuza kira lelaki tersebut menyorok muka dari kelihatan di khlayak ramai dan malu dipandang wanita.

Alat istemewa untuk lelaki itu seperti dalam gambar, hanya beberapa sahaja yang Etuza perlihatkan kerana sebenarnya banyak alat lain yang penting seperti pakaian ,tuala dan sebagainya. Alat ini sangat biasa kita tahu. Hari ini Etuza dan isteri ke Kota Kinabalu, lantas terfikir alat yang hendak dibawa, risau jika lupa kerana Etuza lelaki bermisai. Tidak lah tebal misai adalah siput, janggut ada juga kerana Etuza suka ikut sunnah nabi berjanggut.  Baiklah mari lihat alat istemewa untuk lelaki bila keluar pergi jauh ( Traveling).

Alat-alat ini bukan lah benda yang bersaiz besar, hanya dalam bentuk alat kecil-kecil maka mudah di masukkan dalam beg untuk melancong anda, tapi andai lupa membawa benda ini, ke kedai lah hendak beli baru. Boleh membazir pada yang kekurangan wang. Oleh itu sila jangan lupa bawa alat istemewa ini jika hendak pergi melancong atau berziarah ke tempat yang jauh. Semoga membantu, blog bukan hak milik kekal.Jumpa lagi, salam kasih sayang

Tasbi, tidak bawapun boleh, boleh guna jari jari berzikir

No 1 alat mesti bawa.Gunting Kecil dan Pisau Cukur

No 2 Mesti bawa UV Sunscreen, minyak gamat, minyak bidara botol kecil

No 3 Jam Tangan, mesti pakai baru lelaki hebat hahaha

Minyak wangi sama ada yang botol spry atau talc serbuk

No 4. Dari dulu brand follow me, minat Etuza, ada gunanya ..badan tak lah 
hapak sangat,lelaki biasa pedas aroma jika dah berpeluh..betul kan..
Nanti ada yang menjauh , nah kan aib kita orang tahu..

No 5. Tasbi, Etuza dah biasa bawa tasbih, dalam kereta kita boleh bertasbih
isteri pergi shoping , boleh lah luangkan masa berzikir pada sang pencipta

Catat Ulasan

0 Ulasan