Dia Ada Untuk Mendengar Doa Yang Tulus

 Dia Ada Untuk Mendengar Doa Yang Tulus. 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera. Salam kepada teman blogger dan teman pembaca yang klik  membaca dalam masa terluang anda di laman web ini.

Terdetik hati, untuk menyatakan apa yang sedang dirasai addmin. Satu rasa yang amat bermakna dalam sanubari ini. Terlalu hebat addmin rasakan hingga terzahir dalam catatan web blog ini. Andai kata, addmin tidak paparkan rasa hati ini tidak gembira, rasanya tidak ceria hidup ini, tidak bahagia hidup ini.

Damai melihat insan bersujud mengingatiNya. Dia lah tempat 
mengadu menyatakan apa dalam hati kala diulit keresahan.

Hidup ini memang akan kita temui berbagai ujian, dugaan dan masalah yang akan kita hadapi tanpa kita sedari. Paling menakutkan apabila kita hilang kesabaran dan cuba berputus asa. Keputusan yang drastik kita pilih apabila kita hadapi pelbagai masalah hidup, biasanya akan menjerumuskan kita ke arah yang lebih teruk dan akan membunuh jiwa kita. 

Sayang sekali jika hati yang di beri oleh Allah semakin hitam dengan noda melupakan Allah yang telah takdirkan kehidupan kita. Jika terus memilih jalan yang salah pasti keadaan lebih buruk akan kita hadapi. Kehidupan ini pasti menyeksakan dan menjadikan kita kosong dengan rahmat Allah.

Dirikan lah solat, kerana solat adalah tiang agama


Jawaban Terbaik Adalah Kembali kepada Dia

Sebaiknya kembalilah segera mengingati Allah, apabila hadapi masalah hidup. Usah fikir hal lain yang akan memesongkan akidah dan merosakkan iman kita. Pada addmin inilah cara yang hebat kita lakukan apabila dilanda badai kehdupan. 

Kembali dengan sepenuhnya, menyerahkan sepenuhnya diri kita kepada Dia yakni Allah.Jawaban yang terbaik untuk kita saat hadapi masalah ialah dengan kembali kepada Allah.

Pohonlah kepada Allah agar diberi ketenangan dan kebahagiaan. Hidup harus diteruskan dan hapuskan perasaan kecewa dan putus asa. gantikan dengan rasa bahagia dengan kehidupan dan peluang yang Allah hamparkan untuk kita.

Kembali kepada Allah dengan bersolat, berdoa dan meminta hanya kepada Allah yang satu. Berdoa dan terus berdoa dengan penuh istiqomah, selain menghindari apa juga yang Allah murkai.

Datangilah rumah Allah walau di mana berada, pasti Allah 
melimpahkan rahmat dan keberkatan hidup.

Kuasa Allah itu amat hebat. Allah maha mengetahui segala apa yang belum kita fikirkan dan apa yang sedang kita fikirkan dan apa yang telah kita fikirkan. Begitu hebat jangkauan Allah terhadap diri kita, kerana Allah yang telah takdirkan kelahiran kita di dunia ini.

Berdoalah memohon kepada Allah apa juga niat yang ada di hati. Pohon lah rezeki dari Allah, tetapi disertai dengan usaha. Pasti Allah kabulkan tanpa anda sedar bahawa sesungguhnya Allah telah kabulkan doa kita.

Saat kita amat kehendaki sesuatu dengan cara berusaha, berdoa dan bertawakal pasti sekelip mata Allah kabulkan doa kita. Rezeki boleh jadi datang dari arah yang tidak kita jangkakan. Ada berbagai situasi rezeki yang dikatakan dari arah yang tidak disangkakan. Antaranya ialah, rezeki dari anak-anak secara tiba-tiba menghulur kan rezeki dalam bentuk wang kepada kita.

Rezeki daripada bayaran hutang kepada kita tanpa kita sedar hutang itu seseorang itu telah kita lupakan. Semua itu adalah rezeki yang kita tidak sangkkan. Tiba-tiba datang sumber makanan dari saudara -saudara kita tanpa kita sangkakan. Sesungguhnya sebegitu Allah bantu kita, Allah tunjukkan kasih sayang kita dan rahmat berkat atas amalan kita kepada Allah.

Bagaimana perasaan kita bila secara tiba-tiba anak anda menghubungi ayah kandungnya dan menyatakan telah memasukkan sejumlah wang kepada kita. Dan anak menatakan bahawa ada  rezeki maka anak kongsikan kepada Ibubapanya. 

Dan saat anak menghubungi bahawa sejumlah wang diberikan kepada ibubapa ketika ayah atau ibu sangat memerlukan kewangan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Begitulah hebatnya kuasa Allah yang meha mendengar semua doa kita. Janji Allah itu pasti dan rezeki itu tidak salah alamat. Subahanallah.

Monolog Etuza#

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. dalam susah atau senang sentiasa lah ingat pada DIA Yang Satu

    BalasPadam
  2. insya-Allah mengingati Dia selalu

    BalasPadam
  3. good sharing... betul sgt. Allah sentiasa ada utk kita, x kira suka atau duka. Allah sebaik2 pengatur aturan hidup kita. Allahuakbar...

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas peringatan cikgu.

    BalasPadam
  5. Terima kasih cikgu atas perkongsian.

    BalasPadam
  6. cuba sedaya upaya utk solat berjemaah di masjid bila ada kelapangan....

    BalasPadam
  7. In syaa Allah. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  8. Semoga doa2 kita dimakbulkan-Nya
    Aamiin

    BalasPadam
  9. lapang saja hati kan bila d rumah Allah..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.