Blogger Kampung Cari Makan & Bersyukur Ke HadratNya.

 Blogger Kampung Cari Makan

Asalamualaikum ...
Jalan-jalan cari makan bersama ..ambil kenangan dahulu..
Inilah blogger kampung admin blog Etuza Warna - Warna Kehidupan..
Imej kemarin sebelum naik kereta ke bandar Keningau..
Gambar blogger kampung yang sebenarnya..

Ha dapat jumpa makanan .tiga orang Afif Mama dan Etuza
Masing2 pilih juadah..pilihan Etuza lauk ikan dan sayuran saja..
kemarin tak ambil lauk lain..hanya ikan tumis arouma kurma ja...

Hendak ke bandar Keningau, hendaklah letakkan kesabaran yang tinggi. Kena tabah dan cekal hati. Etuza berkata demikian kerana melihat keadaan Bandar Keningau kini yang semakin sesak dengan tiga perkara utama. Iaitu:-

* Sesak dengan kenderaan di jalan raya sampai setiap hari jammed 
* Sesak dengan manusia di sana sini, masuk ke Keningau Mall G*Mart ..ha jumpa full house dengan pengunjung ke gedung itu. Servy juga sama serta Hiap Lee Supermarket. Masuk bank juga full house.
* Bandar Keningau kini semakin banyak bangunan, pesat membangun di sana-sini. 

Cari Makan Di Restoran Nurfahni Dekat Queen Hotel Keningau.

Kemarin kami cari makan di Restoran Nurfahni, sebelum makan itu Etuza ambillah gambar juadah. Nampak sedap juga kan, kecuali juadah yang ada ikan tu, serta sayur dua jenis. Itu selera Etuza, nak kurangkan makan berlemak seperti ayam masak kari, ayam masak rendang ke apa lah. Nampak berisi dah dan agak ke depan dah perut Etuza ni. Afif oder mee goreng ayam. Mama juga oder mee goreng special. Berselera juga makan kemarin di Restoran Nurfahni. Ayam masak kicap ABC tu menghias gambar ja..itu resipi mama minggu lalu. Huuu!!! dua kali minta tambah nasi..macamana lah nak kurangkan lilitan pinggang.Esok rumah adik ada kenduri lagi. Alamat makan nasi dan cari sayur ja lah...kalau ada yang tegur kenapa tak complete dengan lauk ayam ke apa yang ada. Etuza akan senyum sajalah....

Ok gambar blogger kampung yang sebenar. Tengok terbaru beli sarung tangan, lepas tu anakanda di Mesir bagi cincin kayu koka. Lawa juga nampak.Terima Kasih yang sudi melihat gambar kami.

Bersyukur Ke HadratNya.

Lepas tu asal jalan lurus seperti menuju ke Jalan Tenom ( Highway ) wooi!! lajunya kereta atau ke jalan Patikang Ulu dan jalan ke Patikang Laut menuju ke jalan Kimanis. Huuuu!!! lajunya kereta di area ini. Belum lagi ke Jalan Apin-Apin menuju ke Tambunan dan Kota Kinabalu.

Apapun Etuza serta masyarakat Keningau, setakat ini di Bandar Keningau tiada kemalangan serius di jalan raya sepanjang perayaan Hari Krismas beru-baru ini, dan masih berlanjutan ketika ini di Keningau khasnya juga di Sabah.Jika pada tahun lalu gerun dengan kemalangan yang berlaku di arah jalan simpang menuju ke rumah Etuza ada sebuah kereta masuk sungai dalam keadaan terbalik, selain itu ada juga kereta masuk parit depan jalan menuju ke rumah ayah mentua Etuza. Namun tiada kemalangan jiwa berlaku.Kedua-dua pemandu selamat dan dikhabarkan kepada Etuza drive tu tertidur.Dan drive yang satu lagi..pandu sangat laju pada conner depan simpang menuju ke rumah Etuza.

Sebelum undur diri, nak buat satu kerja..teman maya jangan lupa ya klik lah laman Blogger Hebat BM, Blogger Meslim,juga blog CIK AKAK dan Blogger CP.Ada sesuatu yang menarik pada laman blog mereka ini. Ha jangan pula lupa ya mesti klik. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Assalammualaikum... etuza,

    wahh.. makanan nyer sedap2. Ambik bau aje.. alhamdulilah..

    mselim3

    pls: terima kasih siap blog kekawan blogger yang lain.

    BalasPadam
  2. Tak sangka... Bandar Keningau pun sudah begitu sibuk sekali! Itu tandanya ekonomi baik dan pembangunan pesat!

    p/s: Terima kasih sentiasa menyokong BinMuhammad. Andalah blogger terbaik 2015 :)

    BalasPadam
  3. Blogger kampung tapi hebat. Best jalan-jalan cari makan

    BalasPadam
  4. klu nak kurus , krgkan makan nasi cikgu ... bila makin ramai org guna kereta , makin jemlah jln jadinya ...sat gi pi klik apa ada kat blog mereka .

    BalasPadam
  5. Anak bujang sayapun dah mula berdiet.. itulah makan ikut selera jer..

    BalasPadam
  6. Cikgu pakai cincin koka pemberian anakanda ke tu? cantiknya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.