Sinaran Iman Di Laman  Masjid Ibu Negeri Sabah
di Sambulan Kota Kinabalu.

Ini gambar depan masjid Ibu Negeri Sabah..sungguh cantik..
tak puas memandang keindahan Masjid ini
Solat Jamak ( Rakaat Dihimpunkan )

   Agama Islam ini mudah, agama yang tidak menyusahkan pengikutnya, dan Allah memang maha pengasih dan pemurah sebab selalu tidak beratkan sesuatu urusan tetapi dimudahkan agar lagi senang dan mudah kita melaksanakannya. Sebagai contoh hal solat WAJIB kepada muslim dan muslimah yang telah baligh yakni WAJIB solat sujud kepada Allah yang maha esa.

     Solat jamak takdim / qassar ( rakaat dihimpunkan menjadi dua ) harus kita lakukan apabila kita bermusafir dengan jarak melebihi 100 KM. Bila kita bermusafir Allah beri kita panduan dan cara agar kita laksanakan solat Johor dan Assar dihimpunkan sekali dengan cara 2 rakaat Johor dan 2 lagi rakaat solat asar. Bermakna kebiasaan kita solat 4 rakaat pada Johor dan Asar kita kurangkan menjadi 2 rakaat. Ini di bolehkan bagi orang yang bermusafir umpama pejuang yang berjuang di jalan keredahaan Allah. Musafir seketika untuk urusan hidup tanpa melupakan perkara yang wajib dan iman kepada Allah. Begitu juga solat Ishak boleh di jamakkan selepas solat 3 rakaat maghrib.Sementara solat subuh tetap 2 rakaat. Bagaimana pun sebaik telah sampai di rumah selepas bermusafir seketika kita tidak lagi dibenarkan solat cara jamak takdim dan jamak qassar.


Ini Kubah Masjid Kota Kinabalu..unik dan gagah perkasa..
sangat cantik Subahanallah...
Kubah Masjid Ibu Negeri Sabah Di Kota Kinabalu

    21hb dan 22hb Januari 2015 Etuza, isteri dan anak-anak perempuan Etuza singgah untuk tunaikan solat di Masjid Kota Kinabalu ini. Selepas solat sambil menunggu muslimah selesai solat, Etuza ambil kesempatan ambil gambar Masjid ini. Etuza kan visitor di negeri sendiri pada hari itu. Hasilnya inilah gambar Masjid Kota Kinabalu, Sabah. Besar masjid ini ada setingkat di atas yang luas dan lengkap dengan permaidani bercorak biru dan kuning serta merah. Sangat bersih dan cantik di dalam masjid ini.

   Melihat kubah masjid ini terasa ada kedamaian melihatnya. Memang besar perbezaan kelihatan masjid ini pada mula Etuza melihat pada tahun 1987, masa itu Etuza bersama ayah singgah di masjid ini. Masa itu Etuza hadir temuduga kemasukan ke UITM. Masjid ini masa itu masih kelihatan semak dengan pokok di sekeliling serta tandas belum di naik tarafkan. Parking kereta juga sempit dan belum ada jalan menghubung antara Wisma Muis dan Masjid Negeri Sabah ini.

    Pada Etuza Masjid ini cantik Masjid yang terletak di Sambulan, kubah yang kukuh, stabil dan unik kelihatannya. Masjid ini menjadi daya tarikan pelancong dan ribuan muslim dan muslimah yang datang dari pelusuk Sabah datang bersolat di Masjid ini. Masjid ini berpagar sekeliling pada tiga ruang masuk yang di buka pada masa siangnya bagi memudahkan muslimah dan muslim datang bersolat. Ruang parkir sangat luas hingga menghubung ke arah Wisma Muis. Pokok palma di tanam sangat tersusun. Di dalam masjid ini ada air pancuran dan bentuk ukiran bentuk yang menarik. Di sisi depan masjid bersebelahan dengan tandas muslimah ada beberapa bilik khas untuk mesyuarat, bilik VIP dan bilik rehat. Etuza tidak sempat ambil gambar kerana terlupa bawa kamera ke dalam masjid.

Ini Bangunan WISMA MUIS salah satu mercu tanda
di Kota Kinabalu Sabah dan bangunan ini berhadapan dengan
Masjid Ibu Negeri Sabah, terletak di Sambulan.
Kepada anda yang berniat ke Kota Kinabalu, Sabah
Singgah lah bersolat Wajib di Masjid Kota Kinabalu ini
yang terletak di Sambulan.