Cari Makan Sekitar Homestay Kota Kinabalu & Sutera Avenue.

Singgah di Kopi Ping, pilihan santai dan makan malam.

Jalan-Jalan Cari Makan Sekitar Sutera Avenue, Kota Kinabalu.

Salam pagi Jumaat, Jumaat penghulu segala hari, hari yang indah dan ceria. Bersiaran lagi ke udara maya dan Entri kali ini memaparkan kenangan lalu ketika datang ke Homestay Kota Kinabalu & Sutera Avenue yang bersebelahan dengan Zara's Hotel yang juga sering kami datangi untuk bermalam di Kota Kinabalu, Sabah. Selesa sebenarnya berada di Sutera Avenue , kerana agak lengan dengan orang lalu lalang dan kesibukan kota metropolitan Ibu Negeri Sabah Kota Kinabalu. Tenang dan aman damai serta mudah bergerak. Buktinya anda boleh melihat beberapa gambar kami bersiaran sekitar Sutera Avenue sambil berjalan menuju ke Kopi Ping yang kelihatan memanggil kami. " Kopi Dulu Bah" Bahasa Sabahan yang sering kedengaran, kebiasaan masyarakat Sabah tuturkan.

Banyak Hotel Di Sutera Avenue, Kota Kinabalu.

Pertama kali datang ke kawasan ini, Bangunan yang ada Homestay memberikan satu ruang selesa kepada sesiapa sahaja pengunjung. Kawalan securiti yang selamat dan ada banyak tempat membeli apa juga keperluan ketika tinggal di Homestay kawasan Sutera Avenue. The mostly, ada air mineral dijual dan lengkapkan Homestay tempat kita tinggal dengan adanya air minum yang bersih.

Antara Hotel yang kami temui ialah The Luma Hotel, melihat depan hotel ini, terasa hendak masuk melihat suasana dalaman tetapi hanya dalam hati kerana ingatkan diri adat dan tatasusila, bukan sembarangan hendak masuk tanpa tujuan.  

Selain hotel ini, berdekatan juga Hotel  Zara's Hotel yang memang terkenal di Kota Kinabalu, Hotel Zara's setentang dengan Sutera Avenue dan apabila anda hendak masuk ke Kopi Ping akan nampak bangunan Zara's Hotel tersergam indah.  Dan ada lagi deretan Hotel yang menarik di kawasan ini, cuma tidak sempat di rakam gambar pegun kerana kami hendak cepat menghala ke Restoran Kopi Ping.

Layanan Di Kopi Ping Sangat Hebat. 

Pelayan wanita bertudung sopan, permis bersih dan berhawa dingin segar dan damai berada di dalam. Tempat duduk selesa dan ruang makan yang luas. Menu makanan banyak pilihan, cara bayar makanan juga dimudahkan dengan boleh bayar tunai dengan ringgit Malaysia. Tidak cerewet dengan scan QR dan sebagainya. Sajian makanan yang pantas dihidangkan, maka jimat masa dan cepat lah kami keluar setelah selesai menjamu selera. Cara hidang style hidangan rasanya cara mereka layak untuk Etuza katakan WOW!! kerana persembahan sajian yang amat menarik. Syabas dan tahniah kru Restoran Kopi Ping di Sutera Avenue, Kota Kinabalu, Sabah.







Zara's Hotel Sambulan, Kota Kinabalu, Sabah.

Jalan-jalan, cari makan, Kopi Ping menjadi tempat santai makan malam family Etuza

Kata-kata hebat di ruangan dalam Kopi Ping. ( Kopi Dulu Bah ) seolah panggilan keramat permis 
restoran terkemuka di Kota Kinabalu Sabah.















Catat Ulasan

0 Ulasan