Kenapa Bersongkok?

Menunaikan solat Jumaat di Surau Jabatan Penerangan RTM Negeri Sabah di KOta Kinabalu.


08.07.2026, salah seorang murid tahun 5 mengajukan soalan yang bukan
berkaitan isi pelajaran Sains. Cikgu, Kenapa cikgu bersongkok?

Soalan , Kenapa Cikgu Bersongkok?

Seorang murid tahun 5, tiba-tiba mengajukan soalan spontan kepada cikgu yang sedang memberikan pengajaran Sains di dalam kelas. Cikgu yang diajukan soalan tidak terus menjawab soalan kerana soalan tersasar jauh dari topik pelajaran Sains yang sedang diajar.Soalan itu disimpan hingga ke hujung masa kelas Sains Tahun 5.

Kita sebagai guru dapat menilai bahawa murid sebegini tidak fokus kepada pelajarannya di kelas tetapi mindanya sedang dijajah oleh pelbagai rasa ingin tahu terhadap apa yang dia lihat termasuk penampilan seorang guru bersongkok di hadapannya. Dan guru bersongkok itu adalah saya ( Etuza).

Soalan Perlu Dijawan & Diperjelaskan Kenapa Bersongkok Etuza.

Oleh kerana guru lain akan masuk ke kelas ini selepas 60 minit Pengajaran & Pembelajaran Sains, maka soalan ini disimpan dalam minda Etuza, sehingga akan datang Etuza secara personal menemui murid ini dan jelaskan Kenapa Bersongkok agar murid ini akan tahu dan faham Kenapa Etuza kini Bersongkok atau berkopiah.

Kenapa Bersongkok?

Alasan awal yang rasional untuk jawapan pada pertanyaan ini ialah, Etuza semasa menunaikan Umrah pada Febuari 2026 disunatkan bertahlul ( gunting rambut) selesai ibadah saie. Etuza membuat keputusan bercukur rambut hingga licin dan pastilah jadi BOTAK.Hikmahnya apabila kita mengambil jalan mencukur rambut selepas saie Umrah, akan banyak GUGUR DOSA sebagaimana banyaknya rambut yang gugur setelah dicukur sebaik dalam tempoh Umrah. Oleh yang demikin untuk lebih tampil manis dan tidak segan tampil di khalayak ramai maka Etuza ambil langkah memakai kopiah atau songkok apabila pergi kerja sebagai seorang cikgu. Agar tampil lebih berkeyakinan dengan Kopiah atau Songkok menutupi kepala botak di kepala Etuza.

Alasan tengah  yang juga masih rasional ( boleh diterima) ialah, apabila rambut mulai tumbuh dan agak panjang seperti rambut asal, Etuza merasa sesuai dan senang serta selesa berkopiah atau bersongkok ketika pergi kerja  mahupun pergi melancong atau berziarah ke majlis dan ke mana-mana, kecuali berada di kebun Etuza memakai topi lidah menutup kepala dari panas cahaya matahari, maka dengan itu Etuza meneruskan perlakuan BERSONGKOK atau BERKOPIAH sesuai juga dengan umur Etuza masa kini yang mencecah 50an.

Alasan separuh  akhir yang sangat Rasional ialah,  Etuza bersongkok atau berkopiah menjadi kebiasaan memakai kopiah kerana hendak mengharap menjadi insan di hadapan Allah yang lengkap memakai pakaian SUNNAH Nabi SAW di mana Nabi SAW sentiasa berjubah dan menutup kepalannya apabila melakukan solat di Masjid Nabawi, di Masjidil Haram atau di mana-mana. Selain itu Etuza cuba amalkan agar beradab sopan dengan berkopiah atau bersongkok semasa MEMBACA AL QURAN di masjid atau di rumah. Sebab itu amalan bersongkok dan berkopiah Etuza amalkan hingga ke hari ini. 

Bukan tujuan hendak tampil sebegai seorang yang alim atau berlagak seolah seperti Ustaz. Maaf saya seorang mualaf yang masih perlu bimbingan tentang hukum dan pengetahunan Agam Islam.

Alasan paling akhir yang masih rasional dan diterima ialah, apabila  memakai songkok atau berkopiah Etuza tidak lagi memakai minyak rambut untuk merapikan rambut Etuza semasa pergi kerja, tetapi cukup pakai songkok atau kopiah hitam di muatkan ke kepala Etuza. Dan secara langsung Songkok atau Kopiah merapikan rambut Etuza agar tidak kelihatan kusut kerana ditutupi olah kopiah atau songkok. Dan hikmah memakai kopiah ialah Etuza kini dapat jimatkan wang dari membeli minyak rambut. 

Alhamdulillah inilah jawapan panjang Etuza atas pertanyaan CEPU EMAS Kenapa Bersongkok?.Terima kasih kerana sudi membaca. Kita blogger teruskan blogging dan salam sejahtera. 

Klik SINI vedio memakai songkok cara yang betul menurut pemuda ini.














Catat Ulasan

0 Ulasan