Ramah Mesra Blog Maya Pilihan Jun 2026 & Bunga Telang Putih.

Bloglist Teman Baru Bertambah Lagi.

Alhamdulillah, dengan amalan rajin membaca di blog kegemaran kita akan dipertemukan dengan berbagai blog lain yang belum kita kenali. Selain itu melalui ruangan komentar akan ada blogger baru yang menyapa kita. Kitapun cuba untuk terjah blog berdasarkan nama yang timbul mesra maya dalam ruangan komen. 

Etuza nampak ada nama blogger AYNORABLOG.COM, lalu Etuza klik blog ini. Ada beberapa blog yang tersenrai milik blogger Aynora. Etuza klik lah blog Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini! dan Ilman Hati | Ilmu Untuk Jiwa. Wah persembahan di wall blog Aynora sangat berinformasi, menarik dan mesra pembaca. Etuza bertambah suka dan letak dalam Bloglist Teman Baru pada blog Pesona Etuza apabila membaca entri baru Aynora berkaitan dia pergi ke Nursery satu tempat jual bunga kertas dan membeli anak pokok tiga warna. Rasanya minat dia sama dengan Etuza suka anak pokok Bunga Kertas yang sangat banyak warna bunganya.

Mari Ramah Mesra Dengan Blog Baru Etuza Jumpa Ini. 

Inilah imej Aynora dalam ruangan komen. Pasti lah wanita suka bunga kan, Imej tangan pegang kuntuman bunga cantik.Paparan di blog dia pun cantik, ada berbagai informasi Tip Sihat, Agama dan Hiasan Rumah. Rasanya blog sebegini sangat mesra dengan pembaca. Siapakah orang ni atau blogger ini, Etuza belum nampak wajah dia. Tetapi membaca tiap entri Aynora Etuza teruja untuk klik lagi entri yang lain. Tahniah menjadi pilihan BLOGLIST Pilihan Jun 2026. Kepada yang belum kenal AYNORA klik blog Aynora pada BLOGLIST Teman Baru di ruang sideber blog Etuza.

Bunga Telang Putih

Bunga Telang Putih dari teman blogger dari Kelantan.Blog Hidup Itu Indah
telah tumbuh segar, membesar rimbun dan kini berbunga.


Bunga telang yang saya oder dari blog HIDUP ITU INDAH telah berbunga, sudah banyak kali berbunga tetapi baru kali ini ambil gambar dan kongsikan dengan anda semua. Dengan ini, di laman Etuza kini ada dua jenis Bunga Telang. Bunga Telang Biru dan Bunga Telang Putih.Alhamdulillah saya sangat gembira dan berteriam kasih kepada Blogger Lydiamiza kerana sudi memberi dengan mengeposkan biji benih Bunga Telang Putih.Terima kasih dan syukran Alhamdulillah. Semua ini adalah nikat dan rezeki berblogging.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. cantik sungguh bunga telang putih tu!! subur sgt. happy weekend utk cg etuza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cantik sekali,saya bersyukur di kurniakan bunga baru di laman saya/..

      Padam
  2. Tak pernah nampak lagi bunga Telang putih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada..memang cantik..segar melihat putihnya sangat hebat..Subahanallah..

      Padam
  3. Assalam Etuza, subahnallah.. terima kasih dah review blog saya. Tinggi sangat tu pujian Etuza, rupanya kita minat berkebun ek? Saya selalu baca blog Etuza, tentang pokok² bunga. Tentang travel dan banyak lagi. Sekali lagi terima kasih banyak2, lain kali singgah la lagi. Jika ada yang bermanfaat dlm blog saya, baguslah.. semoga kita dikurniakan kesabaran Dan kekuatan untuk terus menulis blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan saya tegar minat tanam dan pulihara pelihara bunga kertas, teruja kepelbagaian corak daun dan warna warni mempersona bunga kertas..tu yang menarik..

      Padam
  4. cantik bunga telang putih menjadi tanamannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subahanallah ya cantik Allah cipta untuk kita lihat zatNya..

      Padam
  5. Rajin bang. hehe. Semoga terus sukses bang di dalam dunia blogger :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rajin..sebab dah ramai datang klik blog ni..nak bina jalinan persaudaraan juga,..dan sampaikan walau sepatah..

      Padam
  6. Bunga telang Sis kenal taunya dalam nasi kerabu, kemudian dalam minuman.. nak tanam pun ora g kata mudah, cuma di sini takde plak nak tanah nak di cucuk huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, asal tahu bunga telang itu berguna untuk nasi kerabu..

      Padam
  7. Rezeki berblogging ni bukan setakat penulisan, tapi dapat kenal ramai teman baru yang sejiwa macam blogger Aynora tu. Tahniah buat Aynora kerana terpilih dalam Bloglist pilihan Jun! Memang betul-betul menghidupkan ukhuwah maya..wah pokok bunga telang putih dah mula berbunga ye..cantik sanagt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dah berbunga, segar ja melihat bunga telang putih, di laman..cuma tak berapa lah rimbunganya..telang biru lebant bunganya..

      Padam
  8. tak pernah tahu bunga telang pun ada warna putih. biasa biru je utk buat nasi kerabu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, saya juga baru tahu dari blog Hidup Itu Indah, saya minta biji benih telang dia..terbang ke Sabah..na dah besar dah ni..saya jaga penuh kasih sayang..

      Padam
  9. Salam kenal juga... ya blog aynora baru juga jengah tp blm sempat nak kenal2 lagi... insyallah bakal godek² kesana juga :)

    BalasPadam
  10. sejujurnya sy belum pernah tgk lagi bunga telang warna putih

    BalasPadam
  11. Cikgu, saya baru tahu ada warna bunga telang putih. Selalu nampak yang biru2 ungu tu. Cantik yee.

    BalasPadam
  12. Memang bertangan dingin Abang yaaa. Tumbuh subur bunga Telang putih itu 😍😍

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.