Inovasi Etuza Kalender Harian Di Kelas.

Menggunakan kotak terbuang, rekacipta tempat tarikh harian dari Isnin hingga Jumaat, untuk kelas 

Idea Simple Etuza Tentang Kalender Harian Dalam Kelas.

Salam sejahtera, ke udara maya lagi setelah lama berehat. Kadang letih dengan kerja seharian di sekolah dari hari Isnin hingga Jumaat, dan kadangkala kita harus datang ke sekolah saat hari Sabtu apabila ada program dan mesyuarat. Kerja lain di rumah juga harus dilakukan agar hati gembira dan kita punya aktiviti petang yang menyihatkan.

Tertarik hendak kongsikan Idea Inovasi Etuza tentang tarikh harian di dalam kelas. Tarikh yang lengkap harus sentiasa updated dalam kelas, kerana pernah berlaku apabila ada NAZIR atau pelawat dari PPD atau JPN Sabah, pernah berlaku di dalam kelas terpamer tarikh hari kelmarin atau tarikh yang sudah berlalu masih tertera atas whiteboard ( Papan Tulis ). Kesilapan kecil yang NAZIR itu take note disampaikannya kepada pihak pentadbir. Kejadian berlaku bukan di kelas Etuza. Guru bukan sempurna, kami guru manusia biasa yang ada kesilapan. 

Inovasi tarikh harian dalam kelas ini, Etuza gubah atau rekacipta untuk memudahkan Etuza dan guru lain serta kepada ketua kelas utuk tukar dengan segera tarikh harian yang mesti dipamerkan di hadapan papan tulis dalam kelas.Ini akan menjadi pantas dan cepat apabila guru akan set tarikh harian di dalam kelas dari Isnin hingga Jumaat, dah hanya perlu gantikan kad tarikh harian dan menyimpan semula kad tarikh harian yang sudah digunakan. 

Cepat dan pantas dan tidak akan terlupa kerana tarikh harian telah di set susun rapi dalam kotak ini. Selain itu, kelas menjadi ceria apabila ada tarikh harian seumpama ini. Di sekolah tempat Etuza bertugas, inovasi lain yang Etuza telah buat ialah RAK TONG SAMPAH dari bahan terbuang, menggunakan besi dan sebagainya. Sehingga 2026 bulan Julai masih digunakan RAK TONG SAMPAH tersebut. Alhamdulillah.

Projek YAKIN BOLEH.

Projek Etuza untuk kelas tahun 2 dimana masih ada beberapa murid lambat membaca dan masih dalam keadaan membaca suku kata dan jelas tidak lancar membaca, tulisan masih tidak kemas dan kadangkala menulis huruf cara terbalik. Ada banyak usaha, program INTERVENSI dilakukan oleh pihak sekolah sejak murid tahun 1, tetapi masih ada murid yang belum lancar membaca, tetapi masih boleh dipulihkan asal ada kerjasama semua guru yang masuk dalam kelas tersebut.

Yakin Boleh bermula dari membaca secara bergilir-gilir, membaca cerita berantai dan membaca ayat-ayat mudah serta membaca kad imbasa yang dipamerkan dengan cara duduk berkumpulan pada meja bertema YAKIN BOLEH. Semoga projek Yakin Boleh ini akan menampilkan murid tahun 2 yang lancar membaca dalam masa yang singkat.  Aamiin.

Inilah idea dan INOVASI simple cara tidak peningkan kepala, sediakan awal kalender 
harian di dalam kelas yang Etuza pegang sebagai Guru Kelas.
Boleh lekat tepi whiteboard sesuai aras ketinggian murid tahun 2.

Alas meka baru, murid bersemangat hendak duduk belajar.

Etuza hendak jalankan projek lancar membaca di kelas tahun 2, semoga tercapai dan akan
muncul juara lancar membaca dalam kelas tahun 2 2026.Temanya YAKIN BOLEH!


Semua bersemnagat belajar menulis apabila alas meja baru. Kelas haru di olah
agar murid menumpukan perhatian semasa proses P&P
Meja bulat khas untuk ruang membaca bagi murid yang sudah selesai membuat latihan .
Alas meja idea Etuza..ramai guru lain pernah menggunakan alas meja ini. Alhamdulillah.

Nur Anis Nabila tokoh Nilam sekolah memberi bimbingan kepada murid lain cara onlie
AIN'S protal daftar rekod bacaan.Tahniah Nur Anis Nabila.

Harap maaf ada selitan Bahasa KadazanDusun dalam kalender harian dalam kelas. 

TADTARU ( BKD) BERMAKSUD HARI KHAMIS
MADSA (BKD) BERMAKSUD HARI RABU
MIROD (BKD) BERMAKSUD HARI SELASA

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Tahniah atas inovasinya cikgu..
    Yakin boleh.,ada kemahuan pasti berjaya... Lawa nya kelas tu

    BalasPadam
  2. biasalah kalau dah tiada yang nak dikomen (nazir) yang sekecil kecil perkara pun diambil kira..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah bila Cg bersemangat, murid² pasti lebih bersemangat dan gembira hendak belajar.. Semoga jadi juara!

    BalasPadam
  4. Wah, hebat!
    Guru cemerlang, murid terbilang!

    BalasPadam
  5. kreatif dan menarik! congrats for the effort

    BalasPadam
  6. Meja tu cantik dan kemas, kerusi putih tu pun lawa, biasa tengok kerus macam warna pink dalam gambar atau kerusi kayu je di sekolah di sini.

    BalasPadam
  7. Kereeeen uncle. Inovasti tu tak melulu terkait teknologi je.
    Membuat hal baru yang memudahkan meski sederhana macam ni, sudah terhitung inovasi juge.

    BalasPadam
  8. cantik la inovasi cikgu...moga terus beri manfaat kepada mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  9. tiap hari penuh aktiviti tersendiri

    BalasPadam
  10. Pada cikgu memang simple... tapi pada kami yang bukan pengajar ni... ini adalah sangat complex!

    BalasPadam
  11. Kreatif cikgu. Anak murid pun bersemangat nak tukar setiap hari.

    BalasPadam
  12. Dahulu saya masa di Labuan kena alas meja. Semangat sedikit belajar.

    BalasPadam
  13. Tahniah Cikgu, Inovasi yang sangat praktikal dan memudahkan tugas seharian di kelas. Benda yang nampak ringkas macam ni sebenarnya besar impaknya bila dapat elak kesilapan kecil. Semoga murid-murid Tahun 2 makin bersemangat dan Projek YAKIN BOLEH berjalan lancar

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.