Majlis Doa Selamat Sebelum Ke Selangor.

Gambar ramai-ramai sebelum flight ke Selangor minggu ini.

Doa Selamat Sebelum Ke Selangor

Hari Selasa 17hb Jun 2026, adik bongsu menjemput ke rumahnya di Taman Bersatu Keningau. Katanya pertemuan terakhir dan doa selamat memohon kepada ilahi rahmat dan doa selamat flight ke Selangor pada 19hb Jun 2026 bersamaan hari Jumaat. Adik bongsu sekeluarga nampaknya akur apabila suaminya membuat keputusan balik ke Selangor setelah lama di Keningau, Sabah.Agak terkejut juga apabila di khabarkan adik bongsu mendapat perpindahan tempat bertugas di Kuala Lumpur.

Isteri Solehah Harus Selalu Disamping Suami Dan Anak-Anak.

Pada Etuza, ke mana pun pergi hubungan adik beradik tidak akan terputus. Boleh berhubung melalui alat teknologi dan pelbagai cara. Sekurang-kurangnya kita tahu adik sihat keluarganya selamat dan sentiasa dilindungi Allah. Rumah mereka bukan lagi seperti di Keningau, Sabah tetapi agak lain dengan suasana Bandaraya di Selangor. Hanya satu pinta, jagalah hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan sesama masyarakat di negeri orang. Semoga suami adik bongsu sentiasa melindungi dan mencukupkan makan dan minum adik kami dan anak-anaknya sepanjang bersama keluarga di Selangor. Jika tidak silap tempat mereka nanti ialah di lokasi Symphony HeightsBatu Caves, Selangor.Semoga keluarga adik bongsu selamat sampai ke destinasi. Aamiin.

Sentiasa Doa Mendoakan.

Hidup ini,beginilah caturannya, kita tidak dapat menduga nasib, rezeki dan kehidupan seseorang. Tiba-tiba Allah rencenakan perjalanan kehidupan yang saling beda. Tiba-tiba dari selalu dekat dan tiap hari bersua tiba-tiba pergi jauh. Dalam keadaan berjauhan, mohon marilah kita adik beradik saling doa mendoakan. Doakan dan hadiahkan selalu arwah ayah dan mak doa dan al fatihah. Mohon Allah sampaikan kepada mereka di alam barzak. 

Hanya doa yang selalu diberikan dan doa ini adalah senjata bagi orang yang beragama Islam. Untuk adik bongsu, selamat jalan dan jaga diri, jaga selalu tutur kata, hargai dan sayangi sepenuh hati suami dan anak-anak. Mohon ya Allah selamat kan keluarga adik bongsu dan mohon sentiasa merahmati membahagiakan keluarga adik bongsu. Panjang umur kita bersua juga di mana dan masa bila hanya Allah yang lebih tahu.Bye adik bye semua.

Kakak, adik-adip perempuan dan anak tiga anak buah.

Ustaz Ilham,memimpin bacaan doa selamat di rumah adik bongsu.


Sajian makanan yang simple dan menyelerakan, alhamdulillah..    

Green Tea yang segar diminum..

anak-anak buah sedang mengaut nasi dan lauk..

Sedang baca doa selamat oleh Ustaz Ilham


Tuan rumah bersama ipar dan anak buah

Adik ke 7 sempat ke rumah adik bongsu sebelum ke Selangor.

Catat Ulasan

0 Ulasan