| Seusai solat sunat dan berdoa dalam Masjid Quba, kami menunggu semua jemaah Umrah Bas 7 untuk berkumpul dan berjalan semula menuju ke Bas 7 . |
Sedikit Diuji Saat Ke Masjid Quba.
Semasa menuju ke Masjid Quba, kami terpisah dengan jemaah lain. Melihat kiri dan kanan depan dan belakang nampaknya hanya Etuza , isteri dan ipar serta anak kami yang berjalan menuju ke Masjid Quba. Terdetak dalam hati ke mana mereka dalam sekelip mata hilang dari radar penglihatan ini.
Kami teruskan perjalanan dengan tenang dan berdoa kepadaNya agar niat ke Masjid Quba dimudahkan dan kami dapat bersolat di dalam Masjid putih ini. Menghampiri Masjid Quba, tiba-tiba kenderaan BAGGY melimpasi kami dan ternyata dalam Baggy itu adalah jemaah umrah team Etuza. Dalam hati tidak apa, Masjid pun dah hampir dekat. Rupanya perkhidmatan Baggy di minta oleh Mutawif kerana jemaah ada yang berumur, cuma Etuza kurang dapat infor kemungkinan kami kurang fokus dalam bas 7.
Apabila agak lama menjumpai bas 7 kami merasa sedikit panik tetapi masing - masing sembunyikan rasa panik. Akhirnya seorang perempuan jemaah Umrah kami melambaikan tangan dan menunjuk Bas 7 telah dia jumpai. Allah hu akbar, alhamdulillah ujian kecil berakhir dengan senyuman dan gembira. Allah sayang kami semua di Bumi Para Ambia. Ujiaan sedikit ketika ke Masjid Quba.Namun kini semua menjadi pengalaman dan kenangan yang indah yang tidak kami lupakan.
Sampai di kawasan luar Masjid Quba, kami melihat-lihat Jemaah untuk berkumpul dahulu atau bagaimana, alhamdulillah kami kemudian dalam kumpulan Jemaah Umrah dan mendengar informasi mutawwif, memberitahu tempat berkumpul semula selesai semua telah siap solat sunat di Masjid Quba.
Apabila balik ke Bas 7 Etuza dan keluarga berjalan terus ke Bas 7. Tetapi kami sekali lagi tersesat kerana kurang arif tempat Bas 7 parking. Bas berderet sangat banyak menyebabkan kami dan ada jemaah lain juga turut berlari lari anak mencari bas 7. Ternyata ada ujian kecil yang dihadapi. KepadaNya kita harapkan rahmat dan pertolongan, pasti Allah mudahkan urusan.
Masjid Quba sebagaimana yang kita telah tahu bahawa Masjid ini merupakan Masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad SAW dalam Sejarah Islam. Terletak tiga kilometer dari Selatan Madinah yang sebenarnya sebuah perkampungan yang menjadi lokasi persinggahan pertama Nabi Muhammad SAW selepas berhijrah dari Mekah. Tempat ini sebuah kampung di pinggiran Yathrib yang kini dikenali Madinah.
Masjid Quba merupakan Masjid yang pertama diadakan solat secara berjemaah dalam Tamadun Islam. Dan ini adalah hadis sahih bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, sesiapa yang menunaikan solat di Masjid Quba pahalanya menyamai pahala Umrah kepada individu tersebut. Sebab itu semua jemaah Umrah dari pelusuk Dunia akan menuju ke Masjid Quba untuk merebut peluang mendapat pahala sekali umrah apabila solat di Masjid ini.
| Wife dan ipar , bersama menuju ke Masjid Quba.. |
| Subahanallah Masjid Quba.. |
| Jemaah Umrah team Etuza menuju ke Masjid Quba.Masajid putih.. |
| Suasana di luar Masjid Quba.. |
| Etuza ikut salah satu jemaah iumrah bersama Etuza, dia dari Sarawak, Alhamdulillah, kami masuk sama-sama dalam Masjid Qubah dan menunaikan solat. Syukur Alhamdulillah..mengharap rahmatMu ya Allah. |
| Abadikan kenangan, bukan selalu ke sini..Masjid yang bercahaya putih bersinar,, bagaikan sinaran iman muslim muslimah.. |
| Ramai orang, jemaah umrah di seluruh Dunia..menuju ke Qubah..serius..Sangat Ramai.. |
| Berada dalam masjid Qubah, menunaikan solat sunat dan solat sunat hajat..Alhamdulillah. Allah perkenankan niat hendak solat di sini..Subahanallah.. |
| Bas 7 ada gambar Mutawwif kami Ustaz Khairuddin. |
| Klik SINI infor yang menambah jelas tentang Masjid Quba di Arab Saudi. |

20 Ulasan
Alhamdulillah.. sedikit ujian tanda DIA sayang, semoga dapat ibadah umrah yang sempurna.
BalasPadamTerlalu ramai orang memang boleh terpisah dengan kumpulan.
BalasPadamAllahu jauh juga nak berjalan kaki kalau tgk dari gambar tu.. rupanya mutawif dah sedai baggy..
BalasPadamAlhamdulillah, moga sentiasa di dalam rahmat Ilahi.. dan mendapat umrah yang mabrur..amiin
BalasPadamsaya dlu semasa smp kt sini..mutawif dh inform kena cari bendera selepas selsai solat di majis Quba sbb mutawif tu pegang bendera bg tinggi utk bg smua jemaah nmpk sbb terlalu rmi org kn takut ada yg tk jumpa bila nk ke tmpt bas ...sbb bas pn byk...
BalasPadamsama macam kami jugalah
BalasPadamtak jumpa bas parkir kat mana masa berada kat sini
kesian kepada org tua laa kena berdiri lama...
Cantiknya masjid Quba..seronok baca pengalaman etuza disana.
BalasPadamalhamdulillah kembara ibadah di madinah al munawarah
BalasPadamOh very interesting post!
BalasPadamAlhamdulillah bas kami dulu parking dekat dengan pintu masuk Masjid Quba. Sebelum masuk masjid mutawif kumpulkan semua jemaah dulu untuk penerangan lepas tu maklumkan semua untuk berkumpul di tempat yang sama selepas solat sunat dalam masjid. Jadi tiada kekeliruan langsung di kalangan kumpulan kami, alhamdulillah.
BalasPadamApapun semuanya ujian Allah, pasti ada hikmahnya. Rindu nak solat di Masjid Quba 😊 Ada banyak kucing jugak di sini kan, Cikgu?
BalasPadamPengalaman saya di masjid Quba, saya dapat saf paling depan kemudian dapat duduk lama solat di dalam.. bila toleh belakang, ramaii dan geng-geng lains emua dah keluar rupanya.. nasib tak tertinggal bas saya hahahaha
BalasPadamAlhamdulillah menarik perkongsiannya. Semoga kita semua ada rezeki untuk solat di Masjid Quba ini ye
BalasPadamBegitulah, bilamana beribadah memang terkadang ada satu dua je perkongsiannya ya uncle.
BalasPadamMoga kita semua ada rezeki tuk shalat disini.
Alhamdulillah, seronok baca perkongsian dari Cikgu Etuza. Betul tu, bila di tanah suci, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan terselit ujian kecil untuk menguji kesabaran kita. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berakhir dengan senyuman. Terima kasih berkongsi pengalaman yang sangat menginspirasikan ini
BalasPadamSaat di tanah suci, saya dan suami ada kalanya nak ibadah berdua saja tanpa jemaah yg lain. Di tengah keramaian memang saya pun ada rasa takut susah jumpa dengan suami. Di situlah banyak berdoa supaya tidak terpisah dengan suami , atau mudah menemukan dia di tengah keramaian. Alhamdulillah selalu dimudahkan.
BalasPadamYg penting selama di sana kita jaga hati dan pikiran saja
memang risau dan nervous lah bila terpisah tu..syukur dpt setel segalanya
BalasPadamjemaah terlalu ramai sebab tu penglihatan kita terbatas . Bas kereta dan van terlalu banyak. memang sukar nak cam mana satu kenderaan kita
BalasPadamAlhamdulillah selamat semua.
BalasPadamsemoga adalah lagi rezeki ammi untuk ke sana lagi
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.