Tanaman Hidroponik Di Hoga Cafe, Kundasang Ranau, Sabah

 

Masuk ke kawasan hidroponik, kita akan melihat kebun dalam bangunan, hingga ada pokok tomato
berbuah dan strewberi, sangat luiar biasa.So jom Welcome.

Mendapat Inspirasi Di Hooga Cafe Kundasang, Ranau.

Salam damai, selamat malam kepada semua pembaca maya yang sering klik blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Entri ini adalah entri tertangguh sebenarnya. Segala rakaman gambar dan vedio ketika melawat atau travel di Kundasang Ranau masih tersimpan dalam galery phone. Rasa rugi jika tidak diabadikan dalam blog ini. Dan bukan ada yang menjolok mata atau artikal tidak bersopan melainkan kongsi yang baik , niat yang baik dan harapkan ramai teman di udara maya. 

Jujur saya katakan bahawa saya terasa mendapat inspirasi datang ke Hooga Cafe di Kundasang, Ranau.Tidak terfikir akan melihat keindahan dalam bangunan yang ada taman dan ladang sayuran dan sebagainya. Inilah Dunia Teknologi alaf 21, kuasa teknologi mencipta sesuatu yang luarbiasa dengan sentuhan minda manusia yang berfikir cemerlang dalam DUNIA PERNIAGAAN.

Hikmah Melawat atau Travel Dalam Kehidupan.

Pendapat Etuza, memang ada banyak hikmah bila bersiaran melawat semasa melakukan travel ke mana-mana di sekitar tempat menarik dalam negeri, dalam negara dan ke luar negara. Pilihan di tangan anda jika ada niat hendak travel bersama keluarga. Ya, hanya dengan ada kewangan anda boleh saja berjalan jauh ke mana-mana pun hendak dituju.Sesekali keluar rumah pergi melawat akan ada pupukan kedamaian dan rasa bahagia. Keluarga Etuza hanya melawat ( travel ) di Kundasang, Ranau, Sabah telah mendapat banyak pengalaman yang berharga. Kasih sayang antara kami terjalin antara satu sama lain, makan bersama mengeratkan kekeluargaan, tertawa gembira saling mendukung apabila ada keperluan.

Memang Allah hamparkan keindahan di dunia ini, untuk kita nikmati bersama.Dalam keindahan itu jelas terpancar zat Allah dan kekuasaan sang pencipta yang kita tidak nampak tetapi kita rasakan kuasaNya, kasih sayang Dia apabila kita melihat pelbagai benda hidup, tumbuhan yang tumbuh cantik, bercorak indah dan mengeluarkan aroma wangian seperti Bunga Jasmin atau Bunga Ros. Tanaman herba, sayuran yang sangat subur pastinya atas usaha manusia melalui minda yang hebat berfikir serta dengan rahmat kuasa Allah memberi kesuburan kepada tanaman herba dan sayuran dalam bangunan Hoog  Cafe.

Hikmah lain ialah Etuza mendapat kekuatan semangat yang menyala-nyala agar teruskan bertani di Etuza Garden, buat apa yang sesuai di garden kami. Pastilah cara kampung mengolah keindahan persekitaran adalah jauh beza dengan menggunakan kuasa kemodenan. Apa yang ada di Garden Etuza, gunakan dan manfaatkan seperti pokok kayu ditebang dan pokok bambu, gunakan dan manfaatkan untuk mencorakkan keindahan pada suatu sudut di Taman Halaman Rumah Etuza. Kepada Allah kami panjat kan kesyukuran kerana memberi kami kesempatan berziarah di banyak tempat menarik di Kundasang Ranau. Dan di sini, di Hooga Cafe, dalam kenangan indah,saya bagi tahap 4 bintang pada kejayaan permis ini mengolah tempat UNIK untuk ramai pelancong datang menikmati keindahan di Hooga Cafe.



Kita akur pada arahan.

Subur menghijau, sayur boleh jadi ulam

Ladang tomato mejadi pilihan wife nak petik yang segar, sebagai buah tangan..

Pokok strawbbery subur, berbuah lebat, tetapi yang buah matang telah habis dipetik.

Subahanallah, bergayutan buah anggur..ada pula tempat santai rehat di sini.


Ini boleh petik dan cash and carry ..


Penuh, nampak sangat segar, tomato dalam bangunan
Hooga Cofe di Kundasang, Ranau.

Teruja ..luarbiasa usaha pemilik Hooga Cofe ..semua ada.



Bawa buah tangan balik ke Keningau..

Abadikan gambar kami sekeluarga..pada tempat duduk berehat..

Semoga paparan blog ada manfaat, Promot Kundasang, Ranau..banyak tempat menarik..
antaranya Hooga Cofe..

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Hebat betul konsep Hooga Cafe ni! Tak sangka dalam bangunan pun boleh buat kebun hidroponik siap ada tomato, strawberi, dengan anggur bergayutan. Memang satu cetusan inspirasi kreatif untuk usahawan tani alaf baru.

    BalasPadam
  2. Wah! Saya pernah makan di sini tapi belum pernah masuk ke ruangan tanaman hidroponik. Terima kasih kongsikan info menarik ini. In syaa Allah satu hari nanti saya hendak berkunjung juga ke sini.

    BalasPadam
  3. cg tak petik strawberries ker...saya excited bab2 petik strawberries ni...(time gi cameron highlands) dan masa dok kat UK (long time ago, zmn my boys masih kecil)

    BalasPadam
  4. Seronok dapat melihat keindahan di luar :)

    BalasPadam
  5. Sekarang ni nak fly ke Sabah harga tiket lebih mahal dari ke luar negara. Kalau tak dah lama nak melancong ke sana. Rindu nak jalan2 di Kundasang dan makan seafood di KK. Kali terakhir pergi ke sana tahun 2019 sebelum Covid melanda.

    BalasPadam
  6. Wahhh..Menarik betul tmpt ni. Dh mcm dkt cameron highlands =)

    BalasPadam
  7. huiiii boleh rambag mata kalau sy ke sini
    suka tgk pokok2 hidup subur mcm ni

    BalasPadam
  8. Saya sering mampir ke banyak tempat yang menyajikan hidroponik, tapi menurut saya ini salah satu yang best uncle! Rapi betul tamannya, dan setiap tanamannya nampak terawat dengan baik.
    Tomat-tomatnya segar betul tu.
    Saya nanti mau coba juga ah hidroponik di RUmah :D

    BalasPadam
  9. unik cafe nya..seronok dapat petik sendiri sayuran segar

    BalasPadam
  10. Bestnya nengok... dapat lak yang boleh petik sendiri tu

    BalasPadam
  11. cafe dalam taman hidroponik dama suasananya

    BalasPadam
  12. Pastinya selamat dimakan kerana bebas racun serangga

    BalasPadam
  13. Boleh duduk lama di cafe ni. Tenang dikeliling tanaman pokok2 menghijau

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum.
    Hai, maaf lama tak singgah sini. Lama menyepi. Terima kasih sudi singgah blog saya.

    Geramnya tengok tanaman elok subur dan menjadi. Nampak mudah juga tanaman secara hydro ni kan. Tapi kena ada ilmu juga. Seronok dapat petik tomato segar. Haruslah kena bawa buah tangan balik.

    BalasPadam
  15. Wahhhh menariknya cafe Hooga ni. In sya Allah next time kalau ke Kundasang hendak masukkan cafe ini dalam list untuk dilawati

    BalasPadam
  16. Yallah saya yg melihat pun rasa nak terbang kesana juga 😍😍😍. Cantiiiik sekali. Melihat aneka sayur dan buah tomat cherry, memang sukaaa lah bang

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.