Masih ada burung merpati datang meriahkan laman Etuza pada setiap hari.
Salam Tengahari. Updated Entri.
Hari ini ada berita dan memang kita semua suah maklum, bahawa cuti awal Muharam adalah hari Rabu bersamaan 17.06.2026. Tetapi hari ini pentadbir maklumkan bahawa ada cuti peristiwa pada 1606.2026 iaitu esok hari Selasa. Siapa tidak gembira bila dikhabarkan cuti dan cuti dua hari hingga Rabu. Khamis kembali bertugas bagi yang bergelar guru sekolah.
Meneka Bilangan Burung Dalam Kesamaran.
Sebagai teman bloggers di Malaysia dan di mana-mana sudah anda maklum bahawa di Laman Etuza ada kami memelihara Burung Merpati sejak hujung tahun 2024 hingga kini tahun 2026. TETAPI ada sesuatu insiden yang sukar Etuza terima. Peristiwa ini menyayat hati mengundang rasa hendak menitiskan air mata, marah dan perasaan hampa kecewa.
Untuk makluman anda, semua Burung Merpati di reban dekat rumah Etuza telah hilang pergi meninggalkan halaman rumah Etuza. Setelah dua hari balik dari Kota Kinabalu, suasana halaman rumah sunyi tiada burung berterbangan. Etuza meninjau dalam reban dan tempat bertelur Burung Merpati, nampaknya ada tinggal bangkai banyak burung dan cengkerang telur telah bersepah di sana-sini. Tiba-tiba ternampak oleh Suri Hati ( Wife ) seekor kucing mengongging badan burung merpati dalam sangkar di atas yang Etuza buat. Ya Allah, sah kucing kampung yang kami pelihara adalah pemangsa pemakan pembunuh banyak Burung Merpati kami yang berjumlah 33 ekor semuanya. Insiden ini berlaku apabila kami selama empat hari meninggalkan rumah.
Ipar yang kami suruh memberi makan dan minum ayam peliharaan dan memberi makan Burung Merpati dan kucing peliharaan kami tidak dapat mengesan punca Burung Merpati Berkurangan, kerana memang Burung Merpati yang banyak itu dilepaskan.Ipar mengandaikan tiada burung yang mati dan di makan kucing. Rupa-rupanya kucing kampung kami pergi meyelinap di reban dan membaham Burung Merpati Sepuasnya.
Alhamdulillah, Masih Ada Datang Meriahkan Laman Etuza.
Setelah tiga hari, tiba-tiba Burung Merpati kelihatan di angkasa lepas bertawap atap rumah Etuza. Masa berlaku awal pagi pada jam 6.50 pagi dan Etuza sedang mula memandu kereta untuk ke sekolah. Terkejut melihat burung-burung itu, Ya Allah ajiabnya kerana Burung Merpati itu seolah kembali ke rumah asalnya dahulu. Etuza sempat mengambil gambar dari jauh. Sebab itu gambar sekumpulan Burung Merpati itu kabur. Rupanya masih ingat Burung Merpati itu pada tuannya. Alhamdulillah masih datang memeriahkan halaman Etuza.
Tetapi cuma sayang " Burung Merpati itu datang bermain di halaman dari pagi hingga jam 6.00 petang, sebelum Maghrib Burung Merpati pergi meninggalkan rumah Etuza. Burung Merpati tidak mahu lagi tinggal di sangkar mereka" Satu keajaiban apabila setiap hari Burung Merpati akan datang di laman awal pagi dan pergi jauh sebelum Maghrib, rasa sedih bila begini keadaan.
Baiklah sudah baca Etri ini, silalah TEKA jawab bilangan Burung Merpati atas bumbung rumah Etuza .Berapakah bilangan Burung Merpati tersebut.Peneka terpantas bakal mendapat hadiah dari Blog Etuza. Selamat meneka dalam kesamaran. |
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.