Banner Dan Hiasan Sempena Hari Keluarga Sungkolid pada 27.03.2026 Di Etuza Garden.

Banner Hari Keluarga Generasi Sungkolid Pada 27.03.2026.

 
Persiapan Menyambut Hari Keluarga Sungkolid Pada 27.03.2026.

Dilantik sebagai Penegrusi Majlis Sambutan Hari Keluarga Sungkolid ( Family Day ) tahun 2026. Kemudian diputuskan majlis pada 27.03.2026 hari Jumaat diadakan di laman Etuza Garden, dan sekali gus sebagai tuan rumah yang pertama meraikan Hari Keluarga Sungkolid tahun 2026.

Terasa sedikit kesibukan tiba-tiba dibahu ini, namun harus dipikul dengan ikhlas dan hati terbuka. Bila lagi dan siapa lagi jika bukan kami semua yang menjayakan majlis hebat ini. Dan dalam benak ini, berfikir bagaimana untuk kenal mengenali semua keluarga dari pelusuk Sabah mahupun di Semenanjung Malaysia. Inilah saat dan masanya. Cuma berfikir mampukah sebenarnya mengenali semua jika ada acara acara lain yang harus dijalankan. 

Saat menjelang hari yang di nanti, dari jam 8.30 pagi berdatangan dari pelusuk Daerah Keningau, Tambunan, Telupid , Kiulu dan Daerah Sook. Ya Allah ramainya. Lalu akumulakan Majlis dengan ucapan alu-aluan dan dengan cara santai menjayakan Majlis Hari Keluarga Sungkolid.

Sempat Mengenal Beberapa Orang Hebat Dalam Generasi Sungkolid ( Rodot & Dungko )

Hanya insan-insan ini yang Etuza kenali.Kepada yang lainnya diharap ada pertemuan lagi maka akan menegenali secara satu persatu dan berterusan. Kluarga ini sebenarnya dalam rumpun keluarga Isteri saya. Saya hanya anak menantu mereka yang di beri kepercayaan mempengerusikan majlis yang saya kira gemilang ini, kerana kehadiran yang hampir mencecah 400 orang, jika termasuk kanak-kanak mencecah 500 orang semuannya. Insan yang saya kenali itu ialah:-

1. Rosyatimah ( Isteri kepada mentua Dahan @ Matimin Bin Rodot)

2. Saudara Jumaidin Lakalla ( Menantu kepada Mentua Dahan dan pernah menjadi Wakil sebagai pemimpin di Kinabatangan melawan arwah Bung Muktar baru-baru ini ).

3.Saudara Samili Bin Danny. Saudara Samili datang bersama buah tangan untuk saya dan isteri saya. Samili datang dari Nukakatan Tambunan ke Majlis Keluarga Sungkolid.

4. Saudara Haidin Bin Ukon. Merupakan anak lelaki kepada Ibu Mertua Masihina Bte Dungko. Haidin seorang yang tinggi lampai dan dikenali dalam keluarga mereka sebagai ROTOP( Panggilan sayang )

5. Sempat mengenali Kuilin, Emma, mereka ini tinggal di Kampung Magatang Keningau dan di Sook, Keningau.Mereka datang jumpa Etuza meminta bibit Bunga Kertas dan bunga ati ati di laman. Sebab itu kini mengenali mereka.

6. Saudara Azizan anak cicit Dungko dan merupakan anak lelaki Puan Muhisa Bte Ukon dari Nukakatan Tambunan. Saudara Azizan ini bekerja di Kastam di Kudat, Sabah.

7. Cikgu Azman Bin Jakilin.Anak lelaki Puan Dumisah @ Wahini  Bte Ukon dari Kampung Kosugui Keningau. Azman ini baru posting sebagai seorang guru di Daerah Nabawan. Alhamdulillah sebagai perintis kerjaya kami sebagai pendidik anak bangsa.

8. Sementara yang lain belum cukup saya kenali kerana keterbatasan masa. Semoga ada pertemuan akan datang, dan berjumpa lalu akan terjalin erat persaudaraan dah diharap persaudaraan berkekalan hingga ke JannahNya.Aamiin.

Penyiapan hiasan banner hanya letak bunga2an sahaja dari Laman Etuza Garden




Siap diguna, letak meja sebagai tempat penceramah . Ustaz Ilham mengetuai bacaan Doa

Penceramah jemputan YAA Datuk Ahadin Bin Arinen, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah

Tajuk Ceramah: Menyelusuri Sunnah Nabi SAW membentuk Keluarga Sakinah.


Ayah mentua ( Dahan @ Matimin Bin Rodot) sedang berucap perkenalkan siapa Sungkolid?
Bersamanya Tok Mah ( Roseyatimah ) isterinya dari Terengganu.


Penceramah Sedang berbual-bual bersama keluarga Generasi Sungkalid


Bergambar bersama Yang Arif Datuk Haji Ahadin Bin Hj Arenin, Ustaz Ilham dan Cikgu Johari Laji( Pesara guru)




Catat Ulasan

0 Ulasan