Pengertian Tawaf Dan Cara Melakukan Tawaf Di Baitullah.

Ambil gambar selepas selesai Umrah Wajib ( Pertama) dengan melakukan Tawaf dan Sai'e
di hadapan Kaabah di Mekah Masjidil Haram 8.02.2026 ( Program Di Mekah )

Memulakan Tawaf.

Ketika menghampiri garisan al- Hajaratul - Aswaad, disunatkan berniat.  Melakukan Tawaf adalah termasuk dalam RUKUN UMRAH.

Lafaz Niat Tawaf Umrah.

" Ya Allah, aku hendak tawaf Baitaullaahil- Haram tujuh kali tawaf UMRAH maka permudahkan lah dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Ta'ala "

Pengertian Tawaf.

Tawaf ialah mengelilingi Ka'abah dengan syarat-syaratnya dari pusingan 1 hingga ke pusingan ke 7 

Tawaf dengan khyusuk sambil berdoa, berzikir memohon keampunan Allah, memohon agar kita di rahmati dan di berkahi.Lakukan tawaf tanpa melanggar orang lain yang turut bertawaf.

Tawaf haruslah berpakaian Ihram dan niat mengeliling Baitullah.

Syarat-Syarat Tawaf.

1. Suci daripada hadath

2. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.

3. Menutuf aurat

4. Bermula pada sudut Hajaratul - Aswad dan berniat melakukan tawaf mengikut jenis tawaf.

5.Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan.

6.Berjalan bertujuan tawaf dan bukan tujuan lain.

7. Cukup 7 kali keliling dengan yakin.

8. Dilakukan dalam Masjid Haram dan di luar Hijir Ismail/ Syazaruan.

Jenis-Jenis Tawaf.

1.Tawaf rukun Umrah

2. Tawaf rukun haji.

3. Tawaf Qudum ( Selamat Datang)

4. Tawaf wada ( Selamat Tinggal)

5. Tawaf sunat.

6. Tawaf nazar.

7. Tawaf tahallul bagi mereka yang luput wuquf di Arafah.

( Sumber dari buku Andalusia Sdn Bhd )


Tawaf sambil membaca doa dari buku juga boleh dilakukan dengan 
langkah yang sopan agar tidak menlanggar orang lain yang jiga bertawaf
bersama.
Selesai tawaf lakukan solat sunag menghadap Ka'abah dan doa mustajab 
pada tempat seperti antaranya dekat Hijir Ismail.

Tawaf haruslah tertib dari pusingan 1 hingga ke pusingan ke 7 
keliling Ka'abah sambil berzikir, membaca doa dan membaca 
ayat-ayat lazim.Pasti khyusuk memohon rahmat keampunan Allah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Semoga semua yang melakukan tawaf itu diterima Allah Taala.. Sy doakan Tuan Etuza sentiasa sihat semas berada di tanah suci amin

    BalasPadam
  2. Semoga saya bisa menjejakkan kaki ke tanah suci lagi. Ingin pergi dengan anak2 pula, supaya mereka bisa melihat megahnya Kakbah 😍😍

    BalasPadam
  3. alhamdulillah... semoga mendapat umrah yang mabrur ye cikgu.

    BalasPadam
  4. Setiap langkah tu pasti terasa dekat sangat dengan Allah...Semoga setiap tawaf yang dilakukan diterima sebagai tawaf yang sempurna, penuh khusyuk dan diberi ganjaran berlipat kali ganda. Doakan kami juga dapat merasa sendiri saat mengelilingi Baitullah satu hari nanti 🤲✨

    BalasPadam
  5. Semoga umrah dan ibadah tawaf diterima oleh Allah. Seronok, dapat menunaikan umrah kali kedua ya, Cikgu. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. Mudah-mudahan saudara mendapat umrah yang mabrur.
    Kali pertama melakukan umrah pada 2014, saya rasa ada yang tidak sempurna. maklumlah baru sekali jejak ke tanah suci. Kali kedua barulah jelas sepenuhnya dan harap ada umrah seterusnya untuk lebih sempurna.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.