| Ambil gambar selepas selesai Umrah Wajib ( Pertama) dengan melakukan Tawaf dan Sai'e di hadapan Kaabah di Mekah Masjidil Haram 8.02.2026 ( Program Di Mekah ) |
Ketika menghampiri garisan al- Hajaratul - Aswaad, disunatkan berniat. Melakukan Tawaf adalah termasuk dalam RUKUN UMRAH.
Lafaz Niat Tawaf Umrah.
" Ya Allah, aku hendak tawaf Baitaullaahil- Haram tujuh kali tawaf UMRAH maka permudahkan lah dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Ta'ala "
Pengertian Tawaf.
Tawaf ialah mengelilingi Ka'abah dengan syarat-syaratnya dari pusingan 1 hingga ke pusingan ke 7
Tawaf dengan khyusuk sambil berdoa, berzikir memohon keampunan Allah, memohon agar kita di rahmati dan di berkahi.Lakukan tawaf tanpa melanggar orang lain yang turut bertawaf.
Syarat-Syarat Tawaf.
1. Suci daripada hadath
2. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.
3. Menutuf aurat
4. Bermula pada sudut Hajaratul - Aswad dan berniat melakukan tawaf mengikut jenis tawaf.
5.Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan.
6.Berjalan bertujuan tawaf dan bukan tujuan lain.
7. Cukup 7 kali keliling dengan yakin.
8. Dilakukan dalam Masjid Haram dan di luar Hijir Ismail/ Syazaruan.
Jenis-Jenis Tawaf.
1.Tawaf rukun Umrah
2. Tawaf rukun haji.
3. Tawaf Qudum ( Selamat Datang)
4. Tawaf wada ( Selamat Tinggal)
5. Tawaf sunat.
6. Tawaf nazar.
7. Tawaf tahallul bagi mereka yang luput wuquf di Arafah.
( Sumber dari buku Andalusia Sdn Bhd )
| Selesai tawaf lakukan solat sunag menghadap Ka'abah dan doa mustajab pada tempat seperti antaranya dekat Hijir Ismail. |
| Tawaf haruslah tertib dari pusingan 1 hingga ke pusingan ke 7 keliling Ka'abah sambil berzikir, membaca doa dan membaca ayat-ayat lazim.Pasti khyusuk memohon rahmat keampunan Allah. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.