Kepimpinan Seorang Mutawwif, Membimbing, Mengawal Selia Keselamatan, Mengira Jemaah & Tanggungjawabnya Berat.

Seorang Mutawwif memegang amanah dan tanggungjawab yang berat dan bersar.
                                                                                                                                                               

Tugas Mutawwif Itu Berat, Memberi Bimbangan Dan Berbagai Lagi.
                                                                                                                 
Sebelum gerak ke Arab Saudi, hati kami tertanya-tanya siapakah gerangannya Mutawwif yang akan memberi bimbingan dan segala macam keperluan kami semasa Umrah nanti. Berdoa semoga Mutawwif yang mudah didekati, ramah mesra dan ikhlas memberi bimbingan kepada kami semua Bas 7 Umrah Feb 2026.

Kami berserah pada Allah agar kumpulan Bas 7 menerusi Agen Andalusia Cawangan Sabah kami pilih untuk Umrah kami yang kedua setelah melakukan Umrah kali pertama pada tahun 2019.   


Mendapat Tahu Mutawwif Kami Ialah Ustaz Kharuddin Dari Pahang.

Senang hati apabila tahu namanya sebelum bersua pada 4.02.2026. Sebagai Mutawwif rasanya mereka yang terpiih untuk memikul tugas sebagai Mutawwif sudah bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi. Bersedia untuk menyalurkan berbagai informasi kepada jemaah Umrah yang ramai. Aspek penguasaan Bahasa Arab sangat diperlukan sebagai Mutawwif , saya kira begitu. Kerana komunikasi dalam Bahasa Arab menjadi perkara penting pemilihan seorang Mutawwif.


Mendapat Mutawwif Yang Serba Boleh.

Kami bukan menilai kewibawaan seorang Mutawwif, bukan, jauh sekali, kami hanya fokus menunaikan UMRAH dengan mengikuti Rukun-Rukun Umrah serta mentaati hukum semasa Umrah dilakukan. Selain fokus beribadah.Sebagai peserta yang sudah ada pengalaman melakukan UMRAH 2019, sehabis baik manfaatkan pengetahuan dan pengalaman lalu. 

Tanggapan bahawa semua Jemaah Umrah setiap detik bersama Mutawwif adalah tidak benar sama sekali.Tetapi Mutawwif sentiasa ada memberi kan informasi kepada jemaah  sepanjang mengerjakan UMRAH adalah benar, iaitu Jemaah boleh hubungi Mutawwif sekiranya hadapai masalah semasa berada di Madinah dan Kota Mekah. Kita harus tahu bahawa Mutawwif juga manusia biasa yang perlu rehat dan perlu beribadah semasa jemaah Umrah sibuk beribadah mengikut kemampuan.  


Solat 5 Waktu Semasa UMRAH.

Solat lima waktu itu WAJIB dikerjakan dan seboleh - bolehnya solat berjemaah di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi. Kerana imbalan pahala yang Allah tawarkan bukan sedikit tetapi RATUSAN RIBU pahala setiap kali melakukan solat wajib dan solat sunat depan Ka'abah dan di dalam Masjidil Haram serta di Masjid Nabawi di Kota Madinah. Justru itu setiap individu UMRAH harus bijak mencuri masa, melawan segala rasa yang negatif kerana amat rugi sekali jika kita tunaikan  UMRAH tetapi tidak berjaya tunaikan solat wajib di dalam Masjid. Sayang sekali, oleh itu apa juga nasihat Mutawwif saranan dan tunjuk ajar kita manfaatkan apabila kita bertindak mengerjakan solat wajib, di mana kita tidak perlu menunggu Mutawwif bersama ke Masjid.
                                                                                                                                                          
Mutawwif Bijak, Sopan Santun, Berbudi Bahasa & Bertanggungjawab.

Ciri-ciri sebagai Mutawwif seperti ini, terserlah pada diri insan yang baik bernama Ustaz Khairuddin. Bersyukur sekali di bawah bimbingan Mutawwif yang serba boleh dan berpengalaman ini. Apabila Mutawwif jujur ikhlas dan amanah maka apa juga program semasa Umrah dilakukan dengan lancar tanpa ada yang tergendala. Syukur alhamdulillah kerana semua kami Jemaah Umrah Bas 7 dalam keadaan sihat dan cergas semua bersama Ustaz Khairuddin. Allah kabulkan doa permudahkan urusan UMRAH kami semua. Alhamdulillah.

Dengan wajahnya yang tenang dan sejuk mata memandang bertugas mengira semua jemaah dalam Bas, bertanya tahap kesihatan, memberi tazkirah dan ceramah serta kuliah tentang sirah Nabi dan dakwah yang tulus memberikan santapan rohani yang cukup indah sekali kepada kami semadikan dalam sanubari.Indah bahasanya dan tersusun tutur katanya.   Tidak hairan kami semua mesra dan hormat serta dekat dengan Ustaz ini. Jika ada jemaah yang agak lambat masuk dalam Bas dia akan datang memberi jalan yang lurus ke Bas kenderaan yang dinaiki tanpa menunjukkkan riaksi amarah. Jelas Mutawwif ini seorang yang sangat memahami situasi seorang jemaah dan sangat penyabar. 
Tahniah Ustaz Khairuddin, kami semua doakan semoga lebih cemerlang sebagai Mutawwif dan jadilah Mutawwif yang hebat dan luar biasa. Pasti semua menyenangi dan mendoakan Utsaz Khairuddin menjadi IKON MUTAWWIF di alaf 21 yang serba boleh dan cemerlang.
Cerita dari hati Etuza.
                   
Mutawwif yang ikhlas, jujur tidak akan putus asa atau merasa lelah memberi bimbingan kepada Jemaah 
Umrah di Mekah atau di Madinah.

Mutawwif kami UMRAH Bas ~7 dari 4.2 hingga 16.2.2026. Untaz Khairuddin dari Pahang.

Mutawwif ini sangat bijak melaksanakan tugas, cemerlang dan amat berbudi bahasa.Subahanallah..

Apa yang dia tahu dia sampaikan dengan tulus, bila menegur tegur kami semua secara berhikmah..
terutama dari segi pengurusan masa setiap jemaah Umrah Bas ~7

Pintu gate 330 di Masjid Nabawi Madinah yang Mutawwif tunjukkan, Etuza gambar untuk
menjadi panduan dan rujukan agar balik Hotel dengan  lancar.

Keluarga Etuza yang turut menunaikan Umrah Febuari 2026.

Ready dari awal untuk melakukan Rukun Umrah bersama bimbingan Mutawwif serba boleh ini.

                                           Klik Vedio, semoga mendapat manfaat dan inspirasi.
Mutawwif yang baik dan amat mesra semestinya dihargai, di kasihi di sayang dan dirindui oleh semua
Jemaah Umrah.



Senyuman seorang mutawwif menyenangkan kami, kami yakin dan percayainya..Alhamdulillah
kami mendapat mutawwif yang mudah memberi bantuan.

Kami semua tersenyum bila mutawwif bergurau dalam menegur kami, indah bahasa 
memberikan suntikan semangat agar kami semua gembira menunaikan Umrah, termasuk
melakukan program Ziarah.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Alhamdulillah..mendapat mutawif yang baik.. selamat menunaikan ibadah puasa buat Etuza dan keluarga..

    BalasPadam
  2. Umrah kali pertama pada tahun 1919? Typo ke tu? Mutawif orang Pahang rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap taip ya..2019 yang benar ya cie..maaf kan saya

      Padam
  3. alhamdulillah dpt mutawwif yg baik sepanjang di sana kan. bnyk info dan ilmu yg mereka share pada jemaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mutawwif yang baik ..mudah nak bantu..alhamdulillah..

      Padam
  4. gate 330 tu gate check poiunt kami time lepas zuhur. haha. lepas je zuhur semua anak kumpul situ terus pergi makan atas tu di zaitoon atau melayan selera si kecil di kedai pilihan mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga mendapat Umrah mabrul seisi keluarga ya..

      Padam
  5. Sayang tak jumpa blogger Lydia sekeluarga di Mekah..ada juga keinginan nak jumpa tapi kami semua dah Tawaf Wada ya

    BalasPadam
  6. Memang berat tugas seorang mutawwif. Juga, kena banyak bersabar dengan karenah jemaah pelbagai golongan usia.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Dapat mutawwif yang penyabar Dan bertanggungjawab. Barulah mudah difahami Dan dipelajari dengan mudah..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, dapat mutawif yang penuh tanggungjawab. Bukan mudah mengurus dan menjaga segala kebajikan para peserta. Tinggi betul tahap kesabaran mutawwif.

    BalasPadam
  9. Memang penting mutawwif yg bisa mengerjakan tugas2nya dengan baik. Saya kurang beruntung saat umroh trakhir, mendapat mutawwif yg tidak baik, Krn melakukan black campaign saat itu, untuk memilih salah satu calon presiden yg akan bersaing, Krn waktu saya umroh, Indonesia tengah mempersiapkan pemilihan presiden. Yg saya benci, dia meminta kami pilih pilihan dia, dan menjelek2an calon yg lain.

    Saya betul2 tidak bisa fokus saat umroh jadinya, Krn jadi emosi.

    Tak mudah memilih travel umroh yg bagus, tp juga menyediakan Mutawwif yg kompeten.

    BalasPadam
  10. alhamdulillah. rezeki sgt dpt mutawaif yg baik dan 'function'!

    BalasPadam
  11. bagus bila mendapat mutawwif yang baik dan function...tiada apa yang perlu dirisaukan...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.