| Banner atau Header blog Lydia ( Hidup Itu Indah ) |
Pengkomen Tiba-Tiba Mencanak Naik Takhta Teratas Di Widget Komentartor.
Komen tiba-tiba mencanak naik hingga kekal teratas di blog Pesona Etuza , Lydiamiza ( Klik sini) . Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada blogger yang sedang naik viral di laman maya iaitu blogger Lydiamiza. Berikan peluang kali ini kepada blogger lain, yang sebenar akan di umumkan tiap tarikh 28 setiap bulan. Bulan lalu komen teratas adalah milik Blogger NA.
Pada tarikh 28 itu Etuza berjaya meletakkan Widget Pengkomen Terbaik atau terbanyak setiap bulan, menerusi bantuan teman blogger lain, dan akhirnya Etuza murnikan dengan bertanya langsung ke ChatGPT -AL. Kini sudah masuk ke bulan ketiga bertapak Widget Komentartor di laman Pesona Etuza. Hadiah akan dihantar dan akan diberitahu nanti. Semoga dapat bekerjasama dalam proses menghantar hadiah ya.
Sedikit Kajian Blog Hidup Itu Indah.
Blog ini sedang naik viral di uadara maya, kerana pengikut blog ini dalam kiraan 3040 pengikut atau followers,ramai bukan calang -calang ramainya. Blog memaparkan kehidupan dan pelbagai genre penulisan perkongsian yang menarik. Mudah dibaca, kerana penulisan santai dan mudah sekali difahami. Kadang kala melihat penulisan Lydia dalam blog tidak berbunga bunga bahasa terus pada tajuk cerita atau tema penulisan. Direct kata Bahasa Inggeris, maka mudah kita faham penyampaian certanya dalam blog.
Kepada pengkaji atau pembaca maya boleh hubungi Lydia melalui ini:-
For Events, Review, Advertorial, & Advertising. Kindly contact me at lydiamiza23@yahoo.com (Disclaimer : The rate of the advertorial can be negotiate.) Please name your price range and any request about the advertorial. Tahniah Lydiamiza kali ini anda pemilik hadiah dari Blog Pesona Etuza.
| Banner atau Header Blog Kembara Mencari Hamba. Addmin Abu Ikhwan. |
Blogger Abu Ikhwan Addmin Blog Kembara Mencari Hamba.
Menurut Etuza tidak berapa adil jika wanita ( Blogger Wanita ) sahaja mendapat hadiah sebagai komentartor teratas. Selayaknya hanya satu, tetapi tidak menjadi kesalahan, malah sangat baik dan sangat menghargai kehadiran komen teratas dari pihak lelaki juga ( Blogger Lelaki).
Seperti biasa setiap sebulan blogger ini muncul komentartor teratas mewakili kaum Adam. Tidak lain dialah addmin blog Kembara Mencari Hamba Abu Ikhwan dari Pahang. Tahniah anda telah berada di takhta kelima dan satu-satunya blogger lelaki memnyelit dalam komentar tersebut di blog Pesona Etuza. Tahniah dan Syabas kepada Ustaz Abu Ikhwan. Terima lah hadiah dari Laman Pesona Etuza. Akan diberitahu penghantaran hadiah ya.
Di Manakah Bloggers Lelaki Yang Lain, Sudilah Terjah Dan Komen.
Kepada blogger lelaki yang lain, teruskan komentar satu flatform komunikasi dan perhubungan baik anatara bloggers di Malaysia amnya.Komen yang baik-baik sahaja dan menegur untuk kebaikan adalah diharapkan dalam blog. Kita teruskan melontar penulisan bermakna kepada ramai pembaca di blog kita masing-masing.
Sedikit Kajian Blog Kembara Mencari Hamba.
Blog menggunakan Theme images by RASimon. Powered by Blogger. Menulis dengan penuh gaya bahasa bersopan santun, banyak ilham tentang visi kemanusiaan satu trade mark blogger Abu Ikhwan ( seorang Ustaz ) aktivis yang aktif secara berkumpulan serta rajin beriadah seperti kayuh basikal dan berjoging demi menjana kesihatan fizikal dan mental. Seorang blogger yang tinggi imaginasi berkaitan mengingati sang pencipta dan tajam naluri kehambaannya kepada Allah yang satu.
Jika anda datang membaca blog miliknya pasti melekat meneruskan pembacaan kerana penuh dengan gaya bahasa yang sangat menarik.Kata-kata yang tersusun indah. Untuk lebih jelas bloger ada pesanan iaitu :-
Setiap artikel yang tersiar di Kembara Mencari Hamba dihasilkan untuk tujuan perkongsian rasa dan teladan hidup. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat abuikhwan.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Abu Ikhwan.

1 Ulasan
Tahniah dan Syabas kepada Lydia dan Abu Ikhwan. Blogger lain ambilah kesempatan untuk merai hadiah dari blog Pesona Etuza. Cuba bersaing secara sihat. Terutama blogger lelaki..usaha dan mantain komen.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.