Pengumuman Keputusan GiveAway Meneka Bilang Biji Telur.

GiveAway Kini Ditamatkan Tepat 11.00 Malam Ahad 11/10/225.

Dengan gigihnya saya memeriksa setiap jawapan yang diberikan. Dan keutamaan kepada yang pertama drop komen sebagai jawapan dan diikuti jawapan lain yang nampaknya agak sengit walaupun tidaklah ramai yang mencuba. Klik SINI untuk paparan GiveAway ini.

Alhamdulillah dipermudahkan membuat GA ini hingga jam 11.00 malam ini, menunggu dengan sabar. Lepas ini nak beradu. Good night semua. Semoga esok bangun dengan segar dan hati gembira dan bahagia.

Sepertinya ada kesamaan GA ini dengan apa yang telah dibuat oleh blogger terkenal Blogger Amie's. Hanya yang berbeza ialah apa benda diteka. Jika dikatakan meniru GA atau sebaliknya, silakan saja sebab mungkin ada kebenarannya saya terinspirasi pada aktiviti meneka mangga manila di tempatnya.

Pengumuman Keputusan GiveAway Meneka Bilang Biji Telur.

💁 Terdapat 9 Blogger Malaysia yang mencuba secara santai meneka bilangan biji telur ayam dalam bekas putih. Terima kasih kepada mereka yang memeriahkan aktiviti meneka ini. Hanya ada 2 blogger yang diberikan hadiah, kepada blogger yang kurang bernasib baik Etuza sangat hargai penyertaan anda. Terima kasih sekali lagi.

Blogger tersebut ialah Adnil Linda, Abuikhwan, Na, Eyma Balkish, Paridah,Amie, Roziah @ Cie,Aizamia3 dan Mznimnwr. Dan PEMENANG IALAH:-

🙋 Kategori Lelaki ialah : Blogger Abuikwan, tekaan 21 biji telur. Blog Kembara Mencari Hamba. Masa meneka 7.16 minit pada 11/10/2025.

💃 Kategori wanita ialah : Blogger NA, tekaan 21 biji telur. Pencarian Jiwa Diri Saya. Masa meneka 8.05  minit pada 11/10/2025. 

Hadiah akan mula dihantar pada 16/10/2025. Harap blogger yang meneka bersabar dalam beberapa hari. Keputusan telah diketahui hari ini, semoga peserta yang lain tidak berputus asa jika ada GiveAway atau Segmen di blog Etuza. Semoga GA sebegini dapat lagi diadakan. Kepada pemenang yang bertuah ini, sila ikut arahan dan pesanan di bawah ini.

💁  Berikan nama dan alamat serta no phone pada ruang komen ini. Semua dokumen blogger tidak akan di terbitkan. Ruang komen di laman Etuza perlu disahkan dahulu untuk terbitkan komen anda. Maka jangan risau dokumen nama, alamat dan no phone dirahsiakan. 

Semoga lancar urusan dan  kepada blogger yang saya sayangi 🎁Abuikwan dan Blogger dihormati 🎁NA.

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. Pokcik minta maaf kerana tak sempat join sama giveaway PE.. seperti hari ini pokcik bergegas ke hospital Kuala Krai yang jaraknya lebih kurang sejam setengah kerana menziarahi besan yang ditidurkan oleh doktor.. in Sha Allah berkelapangan masa nanti kalau PE anjurkan pokcik cuba join sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa wak, semoga lancar urusan ke hospital. Semoga besan segera sembuh. Saya dapat rasakan perasaan apabila ada saudara yang kurang sihat. Tak apa GA ni akan ada lagi , bila2 masa boleh join. Urusan yang rialiti di hadapan itu keutamaan, blog sebenarnya bila benar2 senang masa boleh lah klik membaca.Ya Allah selamatkan perjalanan sahabat blog saya Wak..aamiin.

      Padam
  2. Pokcik minta maaf kerana tak sempat join sama giveaway PE.. seperti hari ini pokcik bergegas ke hospital Kuala Krai yang jaraknya lebih kurang sejam setengah kerana menziarahi besan yang ditidurkan oleh doktor.. in Sha Allah berkelapangan masa nanti kalau PE anjurkan pokcik cuba join sama

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Sudah ada keputusan..baik kita cepatkan kan..

      Padam
  4. Siapa lah yang bertuah tu agaknya?

    BalasPadam
  5. Salah satu tujuan kita berblogging adalah untuk menggembirakan diri sendiri disamping memeriahkan blog rakan-rakan lain. GA begini memang menyeronokkan dan mudah untuk disertai. Tahniah saudara Etuza, sambutannya sangat menggalakkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terasa sangat hargai kata2 Amie ni, ya betul. Memeriahkan dan soal rezeki itu urusan Allah.Pasti ada GA yang bermula dirancang pasti ada pengakhir, menanti keputusan tu yang seronok.

      Padam
  6. Alhamdulillah.. terima kasih ..semua peneka hebat ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah, alamat dah saya salin ya..terima kasih ustaz..

      Padam
  7. Balasan
    1. Jika sudah rezeki begitulah suratan takdirnya ya Lydia

      Padam
  8. Tahniah pada pemenang. Nampaknya ramai yg teka betul, tpi mestilah peneka yg terpantas dikira sebagai pemenang :D

    BalasPadam
  9. Tahniah buat dua blogger hebat, rezeki mereka kali ni Alhamdulillah

    BalasPadam
  10. Tahniah pemenang. Ramai jawab betul cuma terlambat jawab je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya begitu ,jika awal teka tapi salah teka, bukan rezeki tu..yang late jika itu yang tepat rezeki dia

      Padam
  11. Balasan
    1. Ya betul, rencana Allah pasti datang rezeki tanpa di duga..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.