Tanpa Disedari Kejutan Menerpa Kehidupan Ini.

Anak-anak menemui kami di K Vanue Penampag 

Bertemu lagi dalam ruangan halaman blog ini. Tempat mencatat berbagai cerita, kenangan dan memori atau pengalam dalam melayari kehidupan di Zaman Moden dan dalam fasa kehidupan alaf 21. Minat berblog masih ada dalam sanubari,tetapi atas faktor usia yang kian bertambah membuat diri bergerak perlahan serta tidak lagi terlalu mengejar kelanacaran,kepantasan dan SEO Blog melainkan pasrah pada takdir kehidupan bukan lagiselincah dahulu.

Hidup ini perlu diteruskan perlu berjuang persembahkan berbagai acara mengikut yang terdaya dengan penuh ikhlas dan bersyukur.Semua amalan yang baikitu akan tersimpan yakni amalan yang baik akan dihantar dengan tangan kanan menerima diakhirat kelak.Kejutan demi kejutan tanpa terduga. Tanpa terfikir tetapi paling dekat dan tiada jalan untuk mengelakkan diri.

Kejutan itu harus dihadapi dengan tenang dan terbuka. Kejutan mendapat rezeki dari arah yang tidak disangkakan serta berbagai kejutan lagi selagi kita masih bernafas. Hari ini kejutan bersama keluarga menuju ke Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabansa Kota Kinabalu. Semua apa yang berlaku diluar jangkaan kerana bukan dirancang sedari awal.Kejutan itu memang ada sahaja berlaku dan kita yang alami dalam keadaan percaya atau tidak. Mohon maaf andai menemui struktur ayat yang salah dan ejaan yang salah.












Catat Ulasan

0 Ulasan