GiveAway Kini Ditamatkan Tepat 11.00 Malam Ahad 11/10/225.

Dengan gigihnya saya memeriksa setiap jawapan yang diberikan. Dan keutamaan kepada yang pertama drop komen sebagai jawapan dan diikuti jawapan lain yang nampaknya agak sengit walaupun tidaklah ramai yang mencuba. Klik SINI untuk paparan GiveAway ini.

Alhamdulillah dipermudahkan membuat GA ini hingga jam 11.00 malam ini, menunggu dengan sabar. Lepas ini nak beradu. Good night semua. Semoga esok bangun dengan segar dan hati gembira dan bahagia.

Sepertinya ada kesamaan GA ini dengan apa yang telah dibuat oleh blogger terkenal Blogger Amie's. Hanya yang berbeza ialah apa benda diteka. Jika dikatakan meniru GA atau sebaliknya, silakan saja sebab mungkin ada kebenarannya saya terinspirasi pada aktiviti meneka mangga manila di tempatnya.

Pengumuman Keputusan GiveAway Meneka Bilang Biji Telur.

💁 Terdapat 9 Blogger Malaysia yang mencuba secara santai meneka bilangan biji telur ayam dalam bekas putih. Terima kasih kepada mereka yang memeriahkan aktiviti meneka ini. Hanya ada 2 blogger yang diberikan hadiah, kepada blogger yang kurang bernasib baik Etuza sangat hargai penyertaan anda. Terima kasih sekali lagi.

Blogger tersebut ialah Adnil Linda, Abuikhwan, Na, Eyma Balkish, Paridah,Amie, Roziah @ Cie,Aizamia3 dan Mznimnwr. Dan PEMENANG IALAH:-

🙋 Kategori Lelaki ialah : Blogger Abuikwan, tekaan 21 biji telur. Blog Kembara Mencari Hamba. Masa meneka 7.16 minit pada 11/10/2025.

💃 Kategori wanita ialah : Blogger NA, tekaan 21 biji telur. Pencarian Jiwa Diri Saya. Masa meneka 8.05  minit pada 11/10/2025. 

Hadiah akan mula dihantar pada 16/10/2025. Harap blogger yang meneka bersabar dalam beberapa hari. Keputusan telah diketahui hari ini, semoga peserta yang lain tidak berputus asa jika ada GiveAway atau Segmen di blog Etuza. Semoga GA sebegini dapat lagi diadakan. Kepada pemenang yang bertuah ini, sila ikut arahan dan pesanan di bawah ini.

💁  Berikan nama dan alamat serta no phone pada ruang komen ini. Semua dokumen blogger tidak akan di terbitkan. Ruang komen di laman Etuza perlu disahkan dahulu untuk terbitkan komen anda. Maka jangan risau dokumen nama, alamat dan no phone dirahsiakan. 

Semoga lancar urusan dan  kepada blogger yang saya sayangi 🎁Abuikwan dan Blogger dihormati 🎁NA.