Gambar kenang-kenangan di Keningau Mall,Gimart.
Hadiah Hari Lahir Kepada Junior.
28.09.2025, khabar gembira dari Hospital, Keningau. Anak perempuan Etuza telah bersalin dengan selamatnya. Etuza menandah tangan bersyukur atas kuasaNya apabila anak memberi makluman telah melahir secara normal pada jam 1.00 lebih malam Ahad. Anugerah yang sangat hebat kerana 9 bulan dikandung kini didepan mata. Alhamdulillah.
Untuk meraikan kegembiraan dan kepulangan anak dan bayinya pada petang hari ini, 28.09.2025, kami sepakat membeli hadiah khas kepada baby baru lahir ke Dunia dan juga hadiah kepada junior abang sepupunya yang kebetulan tarikh yang sama dilahirkan cuma berbeza bulan. Beza antara cucu pertama anak pertama dari anak lelaki Etuza yang ke 5 dan cucu kedua anak pertama dari anak perempuan Etuza yang ketiga adalah 10 bulan. Terfikir apakah indah dan rahsianya lahir pada pada tarikh yang sama itu, melainkan ianya secara kebetulan. Segala rahsia kelahiran hanya Allah yang maha tahu.
Hadiah menarik dari kami suami isteri dan merupakan datuk dan nenek kepada cucu ini ialah seperti dalam gambar. Satu set hamper berisi pakaian lengkap, sarung tangan dan kaki, tisu basah serta sabun mandian baby, syampu dan lotions baby. Selain itu satu set lampin putih berjumlah 10 helai, jaring tutup baby yang lembut agar terhindar dari serangga dan nyamuk. Satu set beg kecil sebagai tempat alat-alat kelengkapaan baby apabila keluar dari rumah seperti anak balik ke rumah ibu mertuanya.
Hadiah kepada cucu pertama sempena hari ulang kelahirannnya yang ke 10 bulan ialah, selipar yang comel bersaiz 20. Supaya cucu dipakaikan selipar ini apabila bersiaran ke luar rumah nanti. Selain itu dibelikan sehelai baju, makanan baby dalam kotak dan tisu basah.
Baiklah lihat beberapa gambar di Shopping Keningau Mal, Gimart Keningau. Keningau Mall ini memang persingahan ramai orang disebabkan Keningau Mall ada kemudahan seperti:-
~ Lift
~ Tangga bergerak
~ Ada panggung wayang
~ Ada tempat makan di tingkat atas yang luas dan berhawa dingin.
~ Taman permainan kanak-kanak.
~ Shoping pakaian yang berbagai jualan di Mega Superstor.
~ Tandas yang bersih dan selesa.
~ Berbagai perkhidmatan lain untuk kemudahan awam.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.