Tanah Organik, Kokopit dan Sekam Kayu, Tiga Elemen Menjana Kesuburan Tanah.

Kelopak bunga ROS ( HYBRID )

Klik SINI & SINI  Good News SINIMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek )

Tinggal di kampung pastilah akan membuat kerja-kerja perkebunan yang menyeronokkan. Kebun boleh berlaku di sekeliling kawasan rumah, daripada terbiar hingga rumput meninggi dan menjalar memenuhi kawasan rumah yang terbiar.

Tiga Elemen Menjana Kesuburan Tanah.

Elemen yang dimaksukan adalah Tanah hitam yang ringan, kokpit daripada kelapa kering yang hancur dan sekam kayu. Tiga elemen ini akan menjadikan struktur tanah menjadi subur menggalakkan pertubuhan tanaman dengan cepat. Tanah organik, kokopit kelapa kering hancur dan sekam padi dicampur sehingga sebati bersama tanah subur dalam bekas atau dalam pasu yang digunakan.

Semua tiga elemen ini boleh didapati dari kedai Agro atau kedai menjual bahan pertanian di tempat anda. Kepada semua pekebun mahupun teman blogger yang suka berkebun di kawasan rumah sebaiknya dapatkan tiga unsur ini selain mengambil baja subur, baja organik tinja kambing dan baja pembungaan.

Kajian Etuza dua minggu yang lalu Kini Berhasil.

Ternyata hasil kajian Etuza satu atau dua minggu sahaja terlihat hasil tersebut dari segi kesuburan, ranting yang rimbun, dedaun menghijau setelah menggunakan tiga elemen ke dalam bag plastik yang Etuza. Bunga semakin kembang, terutama bunga ros, bunga kertas kini semakin rimbun daunnya dan cantik. 

Bunga jenis daun juga pada pagi hari ini menampakkan bunga setelah dari awal tahun 2025 menanam dan tidak berbunga. Miliki lah tiga elemen ini untuk kegunaan pada tanaman anda di dalam pasu atau dalam poli bag. Jika tanah biasa yang digunakan tanpa tiga elemen ini, hasil pertumbuhan pokok tanaman kita akan terbantut dan daun menjadi kuning. Selamat mencuba untuk menyuburkan tanaman di kebun sekeliling rumah anda.

Tanah hitam organik

Kokopit kelapa kering yang hancur ( serbuk kelapa kering)

Sekam kayu atau dari kayu hancur, boleh dapat di hardware 
yang ada menjual pelbagai jenis kayu. Masa kayu dimasukkan 
dalam mesin akan ada sisa hirisan  ( sekam kayu )

Baja tinja kambing, baja kesuburan dan baja pembungaan dan
 pembenihan, baja ini sentiasa ada di laman Etuza.

Selepas di letak baja subur dan baja bunga, mulai keluar kelopak bunga kertas

Bunga kertas bonzai, selepas diletakkan baja subur dan baja pembungaan

Kuntum bunga ros, harum semerbak wangi memenuhi suasana laman. 
Bunga ros yang hybrid.

Tengok, buka ni semakin banyak..berbanding awal tahun hanta batang dan daun,

Keluar bunga...

Bunga ini juga baru minggu ini keluar kuntuman bunganya

Anak bunga keladi ~ Coraknya cantik

Spesis bunga kertas, daun bercorak dan bunga kertas ID Bongawan Solo

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. cantiknya bunga2 mekar menyeri lanskap...komposisi tanah dgn baja organik menyuburkan tanaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minat dan hobi memang suka berkebun bunga dan herba..suka kan keindahan tumbuhan..

      Padam
  2. 3 elemen tu membuatkan akar pokok boleh bernafas, tanah tidak menjadi mampat... Cantik bunga nampak benar kesuburan tanah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul..kerana tanah sekarang perlu disuburkan tu wak..jika tanah saja tanaman jadi kuning agak terbantut, kena lah bagi penyuburan..

      Padam
  3. Cantiknya bunga rose tu. Spesis bunga rose yang rare. Daun keladi pun cantik. Alhamdulillah..seronok tengok tanaman berhasil. Bunga pun meriah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal pagi aura lihat kesegaran bunga seolah dapat hirup udara segar otak sihat..tak sedar kita zikir bersyukur padaNya

      Padam
  4. Rajin tanam pokok bunga ya. Tq dengan tips yang diberikan. Manfaat untuk mereka yang buntu dengan pokok tidak tumbuh bunga atau tidak subur.

    BalasPadam
  5. Terima kasih info... uncle tak berapa arif tentang ilmu bertani ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa wak..datang jengok blog saya dah saya happy sangat..

      Padam
  6. Rajin betul cikgu berkebun, tapi hasilnya wow! cantik-cantik bunga tu.. saya pun sebenarnya suka berkebun, tapi tu la.. sedikit kekangan masa agak membantutkan.. tapi bila tgk di blog cikgu ni..jadi semangat pulak nak berkebun hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah hobi saya sejak dulu, saya nampak kuasa Allah..Dia yang menghidupakkan makhluk melata termasuk tumbuhan apa juga bungaan dan sayuran buahan..Dia yang menghidupkan hingga berbuah

      Padam
  7. Balasan
    1. Cantik sekali , cuma bunga rose tak lama kembangnya..tapi harum wangi semerbak

      Padam
  8. Tanaman kita tahu kalau tuannya sentiasa beri perhatian, disiram dan dibubuh baja. Pandai merajuk tu pokok kalau nda dipeduli.

    BalasPadam
  9. Terima kasih, atas perkongsian ilmu. Saya beli tanah 6 dalam 1 sahaja, termasuk 3 elemen penting yang Encik beritahu di atas. Memang betul, tanaman kita bertambah subur.

    BalasPadam
  10. ros hybrid tu cantik sungguh! i like

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.