 |
Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang Sudut Pameran Bertema Kelas Tahap 1 dan Tahap 2
|
 |
| Kepada Cikgu Tahir Dulamit. |
Tahun 2026, banyak kenangan, sejarah atau memori yang dialami. Tahun 2026 melakar kenangan yang sangat indah dalam kamus kehidupan ku. Walau dilanda kesibukkan tetap di lalui rutin hidup yang seharusnya dilalui dengan rasa reda, ikhlas menerima apa juga kerana itulah semua asam garam kehidupan. Syukur kepadaNya kerana memberikan kesempatan menugurus kehidupan dalam keadaan selamat dan dimudahkan. Alhamdulillah.
Terbaru minggu ini bersamaan 10.09.2026 Etuza menjadi jemputan khas dalam Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Penagatan , Keningau. Terima kasih KEPADA pentadbiran dan guru-guru sekolah ini, kerana masih memberi kepercayaan dan menghargai Etuza, yang merupakan salah seorang guru dari tahun 1995 hingga ke Sept 2026.
Majlis rasmi ini sangat meriah dengan keadaan semua warga sekolah memakai pakaian bertema warna jalur gemilang iaitu warna putih, kuning, biru dan merah. Acara peragaan pakaian bertema merdeka adalah acara sangat meriah kerana adanya persembahan di pentas di mana semua peserta memperagakan pakaian merdeka mereka yang sangat menarik, kreatif dan inovasi.
Syabas kepada AJK penganjuran yang tulang belakang utama Cikgu Piah dan guru lainnya. Syabas dan tahniah kepada semua ibubapa yang melibatkan diri dan juga syabas dan tahniah kepada murid yang menyertai tiap pertandingan dan tahniah kepada yang menjuarai acara-acara yang dipertandingkan. Teruskan usaha dan diucapkan kepada semua rakyat Malaysia Salam Kemerdekaan kali ke 69 dengan tema indah " MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI"
 |
| Cikgu Ammar ( Guru Pelatih) |
 |
| Johan Pameran Bertema Tahap 2 |
 |
| Johan Pameran Bertema Tahap 1 |
 |
| Johan pakaian merdeka 2026 |
 |
| Johan Bersajak Merdeka tahap 1 |
 |
| Johan Sajak Merdeka tahap 2 |
 |
| Menerima cendera kenangan selaku Penyelaras Bulan Kebangsaan 2026 |
 |
Salah seorang jemputan khas sempena majlis rasmi penutupan Bulan Kebangsaan SK.Penagatan 2026 |
1 Ulasan
Salam sejahtera semua, mohon maaf kerana agak lewat updated blog..teruskan berkarya yang berkelapangan masa dalam arena blog.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.