Anjung ( Pondok Etuza) Empat Tahun Kini Usia, Masih Kukuh

Kejadian pondok Etuza ( anjung ) pada awal dibina. 2022

Pondok tradisional Etuza. Buat sendiri dari bahan terpakai 
dan batang pokok  Kayu Manis ( Pokok Koningou) 2025

Anjung Empat Tahun Kini Usia, Masih Kukuh 

Pondok tradisional ini Etuza buat pada tahun 2022, semasa musim darurat Covid 19. Bererti sudah hampir empat tahun pondok ini kami gunakan. Pada masa 2022 itu agak ramai sahabat saudara datang ke rumah Etuza bertujuan hendak mencari benih atau bibit berbagai bunga jenis daun dan bunga kertas. Tercetuslah ilham membina pondok seperti dalam gambar di atas.Bukan bersungguh-sungguh hendak bina, secara santai santai saja buat kerana alat tidak mencukupi, masa itu masih tidak dibenarkan kerap ke bandar lagi ekoran covid19. Kerana itu. banyak alat tidak ada.

Di hias dengan bunga-bunga di laman pada tahun 2022
ramai orang datang melihat anjung ( pondok Etuza ) ini.

Baca yasin di anjung ini ..dan duduk santai santai sambil minum

Alat Kelengapan Pondok Etuza

Semua nya secara kebetulan, pada tahun 2022, Etuza memanggil saudara Zamri  menebang pokok Kayu Manis ( Koningou ) depan rumah yang semakin besar. Pokok ini kulit harum dan boleh dikopek di potong kecil-kecil dan dikeringkan. Sejenis rempah yang melengkapkan rempah sup menambah rasa dan aroma yang wangi.

Terhasilah Stool ( tempat Duduk )  batang kayu seperti dalam gambar di bawah, tempat duduk yang cukup selesa sebanyak empat batang. Masih keras dan elok walaupun sudah cecah empat tahun. Meja kayu jenis Belian termasuk kaki pada meja ini. Kelihatan unik dan cantik. Etuza beli dari kawan bernama Morinus Pomin. Ada papan di pasang tempat letak bunga hiasan dn dipasang batang kayu diukir pada sekeliling pondok ini kecuali depan masuk ke ruangan Pondok etuza ini. Lengkaplah pondok ini untu kerehat dan menampung 4 atau 5 orang di dalamnya.

Alhamdulillah dengan usaha Etuza maka terbina juga pondok impian walau tidak secantik di tempat lain. Ramai tetamu yang datang singgah mengambil gambar di Pondok Etuza ini. kami minum kopi dan makan kuih masa cicipan bersama anak -anak yang balik bercuti menjengok kami di kampung. Bahagia tersasa dihati. Alhamdulillah.

Setelah usia 4 tahun..bunga -bunga sudah ada yang kering kerana semakin tua..
di alihkan ke tempat lain tinggal bunga kertas menghiasi anjung ini

Meja dan kaki meja dari Berlian , keras dan kukuh sekali ini. 

Tempat duduk dari batang kayu manis ( Stool) memang tahan, belum ada tanda nak reput.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hampir sejam siapkan entry sesimple ini, mencari gambar di Google Photo..satu agenda,hehehe

    BalasPadam
  2. seronoknya ada gazebo/pangkin boleh lepak-lepak....

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.