Hari Raya Yang Sangat Bermakna Apabila Keluarga Jauh Datang Bersama.
Updated Blog Lagi
Hari raya pasti berseri sekali apabila kehadiran dari keluarga jauh datang bersama. Sekian lama tidak bertemu di hari raya yang meriah suasana menjanjikan pertemuan yang sungguh indah. Inilah saat di tunggu apabila hari raya keluarga Etuza saudara dari Tambunan, Sabah datang ke Keningau meraikan hari raya bersama kami.
Kawan - kawan semasa bersekolah dan anak-anak buah dari Kota Kinabalu dan yang bekerja di Negeri Sembilan juga datang bersama di hari raya ini.Jauh dan dekat silih berganti menjamu selera, bersalaman dan saling mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Terasa sangat bahagia sekali. Tetapi paling Etuza bahagia apabila ramai adik-adik ibu Etuza datang beraya dari Tambunan, Sabah. Kami berpelukan seperti melepaskan rindu, kerana semasa kecil Etuza selalu datang ke Tambunan bersama Ibu tersayang masih hidup, kini ibu dah pergi selamanya. Inilah kenangan indah saat bertemu mereka dari Tambunan.
Terima kasih juga kepada anak-anak buah yang ceria dari Nambayan dan Kampung Salibog Tambunan , Sabah. Saya abadikan kenangan beraya di tempat kami di Keningau dalam blog Pesona Etuza. Salam sayang dan jumpa lagi. Gambar-gambar saudara, anak buah, sahabat anak-anak Etuza dan family dari Tambunan ada di wall blog ini. Terima kasih juga kepada pembaca maya dan sahabat blogger yang tak henti berikan komentar yang menyenangkan Etuza.
Family Beraya di rumah Kakak Sulung
Saudara dan anak -anak buah dari Tambunan, Sabah tersenyum gembira
Uncle ku berbaju pink bertopi dan tersenyum manis tanda gembira
Unty ku Rosalia yang rambut panjang tu pakai selendang purple, dulu zaman kanak-kanak ku,
dia selalu picit hidung ini..hahaha adui terimbau juga kenangan sekian lama tu..
Team dari keluarga Tambunan sedang menjamu selera, pasti makan biskut raya juga
Bergambar bersama semua kelurga dari Tambunan Sabah.
Anak buah dan keluarganya ada yang bekerja di Negeri Sembilan.Asrul namanya
Family dari sebelah Suri Hati dari Kampung Masjid Dan Kampung Kauraan, Keningau, Sabah
Kawan dan sahabat karib anak Etuza
Kawan sekolah dan sahabat anak Etuza juga datang beraya
Keluarga dari sebelah Suri Hati dari Taman Jutaya Keningau, Sabah
Gambar menantu baju hijau, adik-adik Etuza dan anak buah yang comel
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.