Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11.08.2025. Justice For Zara.

Justice For Zara, Kami Mahu Keadilan untuknya~ Banner dari Kampung Etuza

Kepergian insan bernama Zara membuka mata hati manusia
11.08.2025, detik ini meledak satu cakna penyatuan hati ..
Lautan manusia membuak menerebusi tembok di hadapan..
Memecah menghempas tembok penghalang keadilan ...
Ranap dipijak  hancur berderai..
Tiada lagi peluang tembok itu menampal jalan keadilan..
Segenap arah melaungkan hancurkan buli tanpa ada sisa dan debu..
Jika pun ada, akan bernokta  setelah Akta Buli terzahir kini..
Berkuat kuasa serta merta Akta Buli untuk kedamaian..
Kepergian insan bernama Zara membuka mata hati manusia..
Buli kini satu kejahatan menikam dan membunuh jiwa itu..
Merobek hati hingga hancur segala daging membaluti tubuh..
Menyikiti semua hati yang masih hidup seantero Dunia sejagat..
Segala yang terjadi hanya Allah yang maha mengetahui, tidak nyata di Dunia akan terang keadilan di hadapan Allah di Akhirat yang kekal abadi. Etuza.

        Klik SINI  dan SINI 

Tempat di ubah di Kompleks Sukan Keningau, malam ini 11.08.2025

Family adik Leha di Kompleks Sukan Keningau, datang bersama
malam perhimpunan aman bersama Zara.

Lautan manusia membanjiri dataran padang Kompleks Keningau malam 16.08.2025

Semakin ramai dan akhirnya penuh sesak..azan dilaungkan  di kompleks sukan Keningau

Doa untuk Zara dan doa selamat untuk semua..Bebeas kan diri dari BULI. Buli 
pembunuh senyap yang merobek hati insan dibuli.




Berpakaian hitam seragam malam ini. Al- Fatihah kepada arwah Zara. 
Keningau bersatu MEMBENTRAS BULI 


Catat Ulasan

0 Ulasan