| Niat ikhlas hendak bertemu dengan WAK Blogger Gedek, akhirnya Allah kabulkan.. |
Gembira Bersua Dengan Blogger Terkenal Malaysia.
Alhamdulillah, dengan berkat dan rahmatNya akhirnya tertunai niat di hati yang berkobar-kobar kali ini datang di Kuala Lumpur mahu sempatkan diri bersua muka dengan Blogger terkenal Malaysia ini. Oleh kerana blogger ini lelaki maka Etuza pusatkan tumpuan untuk menemuinya dilokasi Masjid Negara. Sila klik SINI blog terkenal di Malaysia.
Cuba lihat dan kenali siapakah blogger ini. Dia lah blogger Gedek yang sebenarnya namanya ada Saudara Marzuki. Sedap sekali namanya ini. Terima kasih Allah kerana pertemukan Etuza dengan blogger ini, sejak sekian lama sering berbual bicara secara senyap menerusi blog.
Kami bersalaman dan tersenyum gembira kerana saling merasakan kebahagiaan terzahir pertemuan dan ini benar-benar realiti dan bukan dalam mimpi. Ya Allah jumpa dengan Blogger Marzuki, hati terasa girang dan damai sekali melihat dia tersenyum ikhlas. Tidak seperti dalam blog sering terlihat kurang senyuman. Rupanya dia kaya dengan senyuman yang amat mesra.
Berbalas Hadiah.
Sebagai tanda penghargaan Etuza memberikan hadiah kepada saudara Marzuki, tanda persahabatan dan menghargai kesudiannya dan susah payah mengesan sosok tubuh Etuza di Masjid Negara.Tidak sangka pula Blogger Marzuki juga menghulurkan hadiah yang sangat istemewa kepada Etuza. Inilah hadiahnya kepada Etuza di dalam gambar. Terima kasih Wak kerana memberikan hadiah ini. Sangat bermakna. Pemberian dan pertemuan dengan Wak Gedek tidak akan pernah Etuza lupakan. Situasi yang mendatangkan bahagia ini adal hikmah tersembunyi yang akhirnya menjadi nyata dalam dunia blogging.

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.