Surau Ar Raudhah Kg.Purakogis, Keningau, Sabah.

Jenazah arwah ibu kepada Guru Besar sekolah kami disembahyangkan di Masjid Ar Raudhah
di Kampung Purakogis, Keningau.

Apabila Ajal Menjemput.

Asalamualaikum Salam Sejahtera semua teman maya, teman pembaca senyap dan yang selalu klik melihat dan membaca entri dalam Blog Pesona Etuza. Bertemu dalam siaran terbaru ini dan semoga tuan, puan saudara saudari di mana juga keberadaan dalam keadaan sihat walafiat. Kita yang masih hidup menghirup udara nafas ditarik penuh kesyukuran atas semua nikmat yang Allah berikan kepada kita. Nikmat yang merangkum semua tanpa ada terkecuali lagi, kerana segala-galanya adalah kurniaan Allah aja wajallah. 

Hal ajal yang datang menjemput tiada siapa lagi dapat menghalang dan melarikan diri. Jasad yang kian lemah dan nafas kian di tarik oleh yang maha kuasa. Hanya pendengaran yang jelas dan kita yang menyaksikan hanya mampu berdoa dalam keadaan sedih pilu dan amat terasa akan kehilangan insan tersayang. Apa tah lagi jika ibu yang melahirkan kita pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.Jasad yang selalu ada didepan kita kini tiada lagi melemparkan senyum dan suara kerana ibu telah pergi kembali ke ramatullah. Inilah yang terjadi kepada ibu kepada Guru Besar sekolah Etuza yang tinggal di Kampung Purakogis, Keningau. Ibunya telah meninggal dunia pada Isnin, 10.08.2026.Berita kematian arwah ibunya  kami ketahui melalui group whatsup sekolah pada jam 12.00 tepat semasa masih pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Datang Ke Pengkebumian Arwah Ibu Guru Besar Sekolah.

Sebaik tiba kepulangan dari sekolah, Etuza pandu kereta setelah solat zohor ke rumah kediaman Guru Besar. Alhamdulillah sempat bersama jemaah termasuk menantu arwah duduk dekat dengan Etuza bersama membacakan yasin. Mendokan arwah semoga diampuni dosanya dan ditempat kan di sisi orang yang beriman, tenang dan di berikan cahaya di alam barzak, juga di mudahkan mengahdapi persoalan di alam kubur. Aamiin.

Suasana di kediaman Guru Besar terasa amat tenang dengan kepergian ibunya.Jiran dan saudara datang dari jauh menzirahi keluarga Guru Besar.Solat jenazah dilakukan di surau berdekatan iaitu Surau Ar Raudhah.Kebumian arwah selesai pada jam 4.35 minit petang, dibacakan talkin dan doa dan terakhir kami menyiram air ke pusara arwah ibu Guru Besar. Jam 4.50 minit petang setelah bersalaman Etuza drive balik ke rumah. Sampai di rumah kediaman Etuza tepat jam 5.55 minit petang. Terus mandi dan sempat menyiram bunga-bunga di pasu sehingga maghrib. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana sempat datang memberi penghormatan terakhir kepada arwah ibu Guru Besar sekolah kami. KepadaNya kita datang kepadaNya kita akan kembali. Tida manusia dan makhlukNya hidup abadi di Dunia sementara ini. Salam sayang semua.


Perkuburan orang Isalm di Kampung Bayangan, Keningau, Sabah.Petang hari
Isnin 10.08.2026 jam 4.00 petang.

Catat Ulasan

0 Ulasan