Ngeri Apabila Blog Tiba-Tiba Dihilangkan.

Terbaru di Hospital Keningau, Sabah. Alhamdulillah selesai urusan rawatan.

 Terasa Ngeri Apabila URL Blog Hilang Dari Carian Google.

Tiba-tiba petang hari ini 5.08.2026, klik whatssup, ada seorang teman blogger meberi mesej, bahawa blog Pesona Etuza telah dihilangkan.Terkejut membaca dan segera mengesan Pesona Etuza menerusi Google Search, ternyata benar apa teman blogger yang baik hati itu katakan. Lalu Etuza menarik nafas dan hembus sekali untuk legakan perasaan dan minta Allah tenangkan hati yang gundah bersedih atas apa yang terjadi. Terfikir terus kata-kata dari teman blogger katanya " BLOG BUKAN MILIK KEKAL".

Mengapa blog biasa dan tidak setanding dengan blogger lain di Malaysia di padam kan dari radar maya. Etuza mengambil langkah untuk berfikir positif, bahawa Google dan Team Blogger kini amat tegas dan tidak lagi berkompromi dalam menyiarkan paparan blog secara tidak teliti. Team Blogger menjalankan tugas dengan teliti dan mekihat tiap apa kandungan blog yang bagaikan cendawan tumbuh setiap masa dalam layar online maya.

Tidak terkecuali Blog Pesona Etuza telah di kaji, disiasat dan di tapis, lalu pada mereka Blog Pesona Etuza kelihatan tidak melakukan kesalahan serius dan mengikut garis panduan sebagai pemblogger, maka pihak Team Blogger aktifkan semula blog Etuza ke dunia maya yang menakjubkan. Terima kasih team Bloger.

Your blog titled " PESONA ETUZA " has been reinstated.

Kemudian Etuza klik email gmail, jika ada apa-apa mesej atau informasi. Benar ada Team Blogger memberi infor bahawa setelah mereka membuat kajian dan meneliti blog biasa biasa ini,Pesona Etuza telah dipulihkan dan selamat dari melalui fasa penilaian Google Search juga. Di bawah ini ialah mesej Team Blogger dalam terjemahan Melayu. 

Salam,
Kami telah menilai semula blog anda berdasarkan Garis Panduan Komuniti Blogger ( https://blogger.com/go/contentpolicy ). Setelah disemak, blog tersebut telah dipulihkan. Anda boleh mengakses blog tersebut di https://madey09.blogspot.com .
Terima kasih kerana memahami.

Yang ikhlas,
Pasukan Blogger.

Etuza sangat berterima kasih kepada Team Blogger kerana telah membuat kajian secara keseluruhan blog Etuza. Bagaikan Team Blogger telah membedah siasat Blog yang bermula dari 2009 hingga kini 2026 aktif beroperasi.Terima kasih Team Blogger dan Google kerana memberikan peluang kepada Etuza beraksi terus dalam Dunia Indah iaitu Dunia Blog.

Semoga apa yang terjadi PEMBEDAHAN terhadap halaman pengisian di blog Etuza menjadikan kita berusaha sedaya upaya mengikut garis panduan kepada setaiap blogger.Agar tidak melanggar etika dalam mencatat apa juga di Wall. Pemeriksaan tentang isi kandungan blog ini menjadikan Etuza insaf dan tidak lagi membuat catatan yang seolah dipandu Google Search. Team Blogger terima kasih sekali lagi telah membuat penilaian terhadap Blog Pesona Etuza. Sebelum off ada tak blogger lain pernah bloh dihilangkan oleh Team Blogger?.

Catat Ulasan

0 Ulasan