Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil & Solat Hajat . #Justice For Zara.

Jemaah di Majid Mahabbah Kg. Penagatan Keningau
Baan Yaasin & Solat Hajat Khusus Zara. ( Gambar Dari Whatssup)

Bacaan  Yaasin Tahlil dan Solat Hajat untuk Zara Qairini binti Mahathir

Alhamdulillah selesai Majlis bacaan Yaasin & Solat Hajat untuk arwah Zara pada malam Jumaat bersamaan 14.08.2025 di Masjid Kampung Penagatan, Keningau. Bacaan yaasin dan tahlil ini diketuai oleh Imam Masjid Al-Mahabbah di kampung Etuza.

Menerusi group whatssup, semua masyarakat di mana sahaja termasuk group whatssup Etuza telah menerima secara rasmi arahan dari pihak atasan agar malam Jumaat bersamaan 14.08 .2025 dan petang ini sebaik selesai solat maghrib di adakan Bacaan  Yaasin Tahlil dan Solat Hajat untuk Zara Qairini binti Mahathir, serentak di Masjid Rahim, Keningau, Masjid Taqwa, Keningau serta di masjid serata di Malaysia. 

Kepergian insan berusia 13 tahun ini, diratapi, ditangisi dan menjadi bualan segenap masyarakat di Malaysia, apatah lagi Negeri Sabah. Kerana Arwah Zara adalah orang Spitang Sabah. Kematiannya amat mengejutkan apabila tidak sedarkan diri di longkang tempat Zara bersekolah di Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapah, Kinarut Papar, Sabah. 

Apakah Punca Kematian Zara Qairini, Masih Dalam Siasatan Rapi.

Penyasatan terus dilakukan untuk mengenalpasti apakah punca kematiannya ini. Kubur arwah telah digali setelah beberapa hari dikubur untuk membuat bedah siasat dengan menghantar mayat arwah di Hospital Queen Elezebert, Kota Kinabalu, Sabah. Semoga penyiasatan ini berhasil dan hukuman tanpa mengira siapa akan diambil kepada individu terlibat melakukan BULI hingga menyebabkan kematian. 

Damai Zara di alam baqa, syurga menantinya, Allah sayang Zara, rakyat Malaysia mendokan agar Zara terbela dan diampuni dosanya dan ditempatkan disisi oarng yang beriman. Aamiin.

Majlis bacaan Yaasin Tahlil Kepada Zara

Antara jemaah yang hadir semasa Bacaan Yaasin Tahlil ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan