Teringin Hendak Melihat Cek Out Bonus Dari Google Adsense

Imej Laman Utama Google Adsend.

 

Pendapatan Google Adsense Tidak Tetap.

Asalamualaikum semua, bertemu di laman blog Etuza. Paparan kali ini agak lain tentang cerita Google Adsense. Setiap bloggers di mana saja di Malaysia kini di alaf baru ada mewangkan blog, dengan harapan sekurang-kurangnya ada yang kita klik dan mengundang harapan dan akan lahir perasaan bersemangat meneruskan karya atau catatan di blog. Pastilah setiap blogger secara normal akan klik ruang Pendapatan pada halaman Laman Utama Google Adsense. Jika ada perubahanan pada mata nilai USD pasti kita rasa gembira dan mahukan nombor dalam tukaran USD ( Doller) berubah dan bertambah dan bertambah.

Hanya Harapan, Lambat Atau Cepat Semua Itu Rezeki Seseorang.

Terbaru, Etuza melihat peningkatan pendapatan dalam blog Etuza Warna-Warna Kehdupan sehingga hari ini tetap berubah setiap kali di klik pada laman Pendapatan. Tetapi pada angka yang selalunya sama dalam kiraan 0.01 USD.Aduhai perubahan yang tetap sama ( monutonus ) yakni tak berubah walau dalam sebulan akan menjadi nombor yang berganda menjadi 0.10 USD atau 0.12 USD  dan sebagainya. tertanya-tanya harus bagaimana meningkat dengan drastik. Teringin hendak melihat cek out bonus dari Google Adsense, sekiranya ada itu adalah rezeki yang luar biasa sepanjang berblog. 

Sabar Menunggu Bonus Dari Google Adsense.

Sebagai blogger yang biasa dan bukan meletakkan Blog punca pendapatan utama, maka hanya bersabar sahaja untuk menunggu total hingga 100 USD baru ada harapan untuk klik cek out bonus Googla Adsense. Nilai tukaran wang ringgit Malaysia banyak dan menjadi 3 angka. Bukan kah itu rezeki luar biasa, sangat bersyukur jika dalam beberapa bulan sudah merai pendapatan seumpama itu. Perasaan mengharap itu tidak lari, bohong jika kita katakan tidak mengharap. Sedangkan dalam Shopee Affilialit RM 5.00 mereka masukkan dalam bank kita. Sungguh itu rezeki tambahan di luar jangkaan.

Catatan SEO Ramai Klik Blog.

Tercetuslah paparan kali ini, bunyi seperti SEO blog bila kita buat catatan Google Adsense, semoga kita yang ada blog dan wangkan blog hanya bersabar dan tanpa disedari angka pendapatan di blog angka telah mencapai 100 USD. Alangkah bahagianya. Saya panjatkan kesyukuran kepadaNya yakni Allah.KepadaNya kita meminta rezeki dan Dia lah yang maha kaya hingga rezeki kita sendiri tidak pernah berkurangan.

Klik lah iklan Google Adsense. Ada rezeki anda di Temu, barangan atau produk di Temu amat menarik dan kualiti. Cubalah klik hari ini.Sebelum undur diri klik Laman SINI melihat bandingan duit USD dan RM Malaysia. Selamat membaca. Klik SINI Temu menjual berbagai produk istemewa dengan diskaut sempena Hari Raya 2026.

Catat Ulasan

0 Ulasan