| Tempat ini di Jabatan Kecemasan Hospital Keningau, Sabah.Bahagian ruangan pesakit ditahan dan direhatkan serta dirawat oleh para Doktor, Ma dan Nurse yang bertugas. |
Setiap Manusia Pasti Diuji. Ujian Yang Berbagai Situasi.
Sejak berusia 50an, memang banyak ujian datang dirasai dialami dan dengan kudrat yang lemah dan kekuatan yang ada ini dihadapi semua ujian yang pahit, getir dan menyedihkan. Teringat khutbah Jumaat di Masjid Bandar Keningau hari ini, bertajuk " Dunia Medan Ujian: Antara Sabar Dan Syukur". Mendengar dengan khyusuk satu persatu perkataan dan ayat, memberikan rasa insaf, sedar dan amat memahami inti khubah berkaitan tajuk yang dihujahkan. Suara Khatib membentang isi khutbah Jumaat begitu jelas dalam suasana semua jemaah duduk bersila dan mendengar dengan tenang dan penuh perhatian.
4.8.2026 waktu pagi datang ke Jabatan Kecemasan di Hospital Keningau, mendaftar untuk minta rawatan pad luka di dahi.Niat utama meminta luka di dahi dicuci dan jika dapat mintalah dijahit, kerana kulit dahi Etuza koyak. Etuza dibawah ke ruangan dalam dan berehat menunggu rawatan seterusnya.Duduk di ruangan rehat, dapat Etuza lihat secara live KESIBUKAN setiap doktor dan kakitangan kesihatan lain menjalankan tugas merawat pesakit yang datang silih berganti.
Kulit dahi koyak terkena bucu kayu. Ya Allah inilah ujian tanpa disangkakan.
Etuza redha dan akan lehih berhati-hati.
Bagaimana terjadi ujian ini. Mari rapat-rapat Etuza cerita kerana Doktor juga mahu tahu kenapa kulit dahi luka dan berdarah. Malam selasa tengah malam, tiba-tiba terdengar ayam berbunyi amat cemas dan kuat kedengaran. Mulanya Etuza tidak kisah kerana mungkin situasi ayam terhimpit oleh ayam lain atau jatuh dari tempat bertengek. Tetapi hati tidak sedap dan berfikir ada kucing liar menyelinap masuk reban ayam lalu menerkam ayam tersebut.
Berani Datang Ke Reban Jam 12.45 Minit Malam.
Sebaik menghala lampu handpone ke dalam reban, rupanya ada ULAR SAWA sebesar lengan berbadan panjang melingkar dalam reban dan betul di tengah lantar reban. Hampir terlompat melihat tersangat terkejut. Badan mulai bergegar dan rasa takut melita ular memuncak. Etuza berlari membangunkan suri hati ( isteri) dan meminta parang. Rupanya suri hati hanya dapat memberikan parang yang pendek dan sukar untuk memukul badan ular sawa yang masi di dalam sangkar tidak bergoyang, kepala ular tak kelihatan. Ular sawa telah membunuh dua ekor ayam penelur peliharaan di dalam reban.
Sekali lagi masuk rumah dan memanggil anak bujang bernama Irfan.Irfan bantu halakan cahaya handphone ke arah reban. Kelihatan ular sawa sudah keluar dai ataz zink atap reban. Badan ular sawa sangat panjang dan corak agak coklat dan ada rona hitam cair dan putih. Seluruh tubuh ini bergegar dan terfikir mengambil kayu atau beruti saiz 2x2. Sempat Etuza pukul badan ular sawa, lalu Etuza tergelincir dan terhantuk kepala dengan dahi terhempap di bucu papan. Ya Allah, skit nya dan saat itu, tidak apa lah pergilah Ular Sawa, pergilah ke tempat semak itu, Etuza Redha sambil memutuskan balik rumah dan mahu beradu.Hanya kesabaran dan sentiasa ingat Allah menjadikan hati dan jiwa Etuza tennag dan tidak terlalu berfikir apabila luka kulit dahi.
Ya Allah apabila melihat dahi dah koyak air tidak keluar banyak kerana kulit kulit dahi bukan tebal, nipis melekat ke tempurung dahi kepala.Syukur kerana tidak banyak darah. Suri hati sapu ubat anti bakteria dan tampal handplash.Esok ke Hospital dan ambil MC serta maklumkan kepada pihak sekolah.
Inilah Ujian dan antar maksud "Dunia Medan Ujian" Tanpa disangka dahi Etuza luka dan berfikir bagaimana menghadap kawan sekerja dan masyarakat dalam keadaan dahi luka. Malu tapi harus dihadapi. Rupanya saat Etuza memakai kopia hitam, baru teringat kopiah adalah penyelamat menutupi kecacatan pada dahi yang luka ini.
Memakai kopiah selepas Umrah tahun 2026.Dunia ini medan Ujian.
Ada Hikmah Memakai Kopiah atau Songkok.
Inilah terzahirnya hikmah dan manfaat memakai kopih atau songkok selepas Umrah dahulu.Syukur ya Allah, Etuza gembira dan bersyukur sekali kerana semasa terhantuk bucu papan Etuza tidak mengalami pening kepala dan muntah kesan goyangan dalam kepala. Kepala Etuzadi XRAY di cuci luka dan ditampal dengan plastik bergam untuk rapatkan kulit dahi. Tidak dijahit kerana kulit dahi sudah bengkak. Diberi ubat pencuci luka dan Doktor berpesan agar harus datang ke klinik terdekat untuk pemeriksaan tekanan darah selang dua hari.
Hari ini hari Jumaat telah masuk ketiga hari dahi luka dan semakin sembuh. Mungkin ada kesan parut apabila sembuh. Dengan gigihnya dan berazam Etuza tidak mengambil makanan berkicap, memakan buah buahan dan sayuran serta lauk yang tidak berkicap. Begitulah cerita kenapa luka dahi ini, tanpa terduga ujian ini datang tanpa kita tahu terlebih dahulu, inilah yang dikatakan bahawa malang tidak berbau.
Alhamdulillah kini, nampak kesan sembuhan, tidak kelihatan hitam tetapi seperti warna kulit yang normal.Semoga sembuh total dan kembali kulit biasa dan tidak ada kesan parut.Aamiin ya rabbal alamin.

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.