Saat Yang Ditunggu, Berdebar Menerima Tamu Istemewa.
25.07.2026 bersamaan hari sabtu petang hari, terasa berdebar menunggu ketibaan tetamu istemewa datang ke rumah. Anak perempuan memberitahu ada niat pemuda ini hendak datang ke rumah pada sekian hari bulan bersama keluarga mereka. Sebagai ibubapa apabila diberitahu kami terima kedatangan mereka dengan senang hati, bak kata pepatah tadah tapak tangan nyiru kami tadahkan. Apatah lagi keluarga pemuda ini dari daerah yang sama dan jarak yang dekat. Subahanallah, debaran amatlah terasa sambil membantu apa yang patut di lakukan, antaranya membersih kan ruang hadapan rumah dan lain-lain perkara.
Debaran Berakhir Doa Selamat Selepas Perbincangan Pertunanagan.
Majlis pertungangan telah berakhir, debaran terasa perlahan berlalu, kerana pemuda ang datang meminag bunga di laman dari kalangan keluarga yang baik-baik. Bersopan dan beradab dalam menuturkan kata dan menyatakan keikhlasan terhadap mendekati keluarga kami. Sebagai ibubapa kami terima dengan penuh ikhlas niat mereka. Majlis diserikan dengan menyerahkan dulang hantaran berbalas dulang dari pihak wanita. Lima berbalas tiga sebagai tanda kasih sayang dan keikhlasan ke dua dua keluarga.
Cincin disarungkan di singgah sana, semua tersenyum melihat acara menyarungkan cincin pertunangan di jari manisnya. Alhamdulilllah syukur ke hadratNya atas kurnia majlis pertunangan lancar petang 25.07.2026. Kepada abang ipar Zul saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menjadi ketua jurucakap bagi pihak wanita yakni keluarga Etuza dan juga semua tetamu lain yang turut bersama-sama hingga ke acara menjamu selera.
Ramah Mesra Ruangan Komentar Blog Pesona Etuza. Sila Klik Scroll Raungan Komentar .Terima kasih, membaca komen.
| Tersenyum anak buah pihak keluarga lelaki di hadapan, berbaju melayu bersamping sopan. |
| Rombongan keluarga lelaki kami sambut dengan senyuman ceria.. |
| Kek ini hadiah dari adik beradik Etuza, yang diusahakan oelh adik Bella. |
| Kreatif makanan ini..dari pihak lelaki. |
| Subahanallah, semoga dimudahkan urusan seterusnya. Aamiin.. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.