Kemerdekaan Yang Bermakna & Salam Kemerdekaan 2025.

Selamat Hari Merdeka Daripada GOOGLE DOODLES  ( KLIK )
~Sumber Google ~

Hari Kebangsaan di adakan di Dataran Putrajaya 2025 hari ini, 31.08.2025

Vedio sebelum berakhir Hari Kebangsaan di Putrajaya hari ini.
Saksikan

Tema : Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.

Kemerdekaan Yang Bermakna. 

Detik 12 malam, malam hari ini, telah menjelang dan berlalu, begitu cepat sekali menjelma dan kian berlabuh menutup tirai lalu menjelang pagi Ahad yang penuh bermakna dalam hidup kita. Ahad, 31.08.2025 menjelang dengan membawa harapan kepada semua manusia di Bumi sementera ini. Malaysia Merdeka, sebuah negara yang telah bebas dari cengkaman penjajah dahulu.

Kemerdekaan ini amat bermakna amat di sanjung, dihargai dan DISYUKURI. Kerana bila merdeka ( bebas ) maka kita antara penghuni Bumi Malaysia yang merasai nikmat kehidupan yang aman dan damai. Telah mencapai ke 68 tahun Malaysia merdeka dan memerintah negera sediri. Hebat Malaysia kini semakin maju dan maju.

Kita nikmati hasil kebebasan itu, yang diperjuangkan oleh insan yang kental jiwanya mencintai Negara Malaysia merentap  segenap pandang tembus hingga terlihat gemerlapan masa depan yang cakna hingga ke hari ini dan akan datang. Meletakkan harapan memberi sandaran untuk GENERASI anak Malaysia menyambut dan memegang erat Malaysia harus di pertahankan, di miliki dan dibangunkan dari tangan kerakusan penjajah. 

Darjat Erti Kemerdekaan Yang Paling Hebat.

Cakupan erti kemerdekaan itu sangat luas untuk kita ertikan dalam jiwa kita yang merdeka. Harus diperturunkan pengertian dan kupasan sedalam makna tersirat kemerdekaan itu kepada generasi ke generasi jentara kepimpinan Malaysia hari esok dan akan datang. Segenap rakyat Malaysia wajib santuni secara meluas makna tersirat kemerdekaan itu. Kerana  selagi ada jiwa yang merdeka dari tingkat dan darjat erti merdeka itu pasti Malaysia Membangun Kecemerlangan Keamanan dan Keharmonian pasti terbela.

Ayuh serapkan rasa BERSYUKUR kita merdeka dalam erti kata yang sedalam-dalam nya nilai hebat kemerdekaan. Iaitu merdeka dari pelbagai sikap keegoan dan kejahatan menghitamkan hati dan jiwa, meracun hati yang jernih yang tenang dan damai. Usah biarkan rasa keegoan itu membunuh kedamaian setelah kemerdekaan di gengam erat. 
Perarakan lintas hormat sempena Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Bebaskan hati dari semua perkara merosak iman seperti:-

* Menyombong diri, membenci sesama manusia, menghina dan membohongi orang  lain.
* Meremehkan orang lain, mencela, menabur fitnah, mengaibkan orang lain.
* Mementingkan diri sendiri, merendahkan dan memperolok kan orang lain.
* Bersikap bakhil dan kedekut, membangga bangga kan kekayaan dan menjatuhkan maruah orang lain.
* lalai dan leka, membuang masa dan melakukan maksiat, mensyirikkan Allah dan melupai kekuasan Allah, tidak menunaikan solat lima waktu dan sebagainya.
* Tidak menunaikan Rukun Islam dan Rukun Iman sebagai penganut agama Islam.

Inilah darjat menjadi perisai makna kemerdekaan yang sebenar itu adalah dari jiwa dan amalan melengkapkan diri, menjadi seorang insan yang teguh pendirian menyambut kemerdekaan dengan mejiwai kemerdekaan dalam nurani yang dalam. Pasti kita boleh melakukan dan mengamalkan amalan yang menjurus memahat kemerdekaan untuk negara Malaysia selama - lamanya.
Salam kemerdekaan kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Kita hargai kehidupan ini, kita jalinkan cinta  kasih sayang 
dan kita wujudkan silaturahim hingga ke Jannah.

Baca artikal menarik DENAHATI.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan... Erti kemerdekaan bukan pada nama tpi pada ertinya dan disebelik namanya.. perjuangan dan pengorbanan org org terdahulu...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum cikgu.. selamat menyambut hari kemerdekaan ke 68.. cantik tshirt merdeka tu..

    BalasPadam
  3. salam hari kemerdekaan negara kita yg ke68!

    BalasPadam
  4. Selamat menyambut Hari Merdeka 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

    BalasPadam
  5. Selamat menyambut Hari Merdeka ke 68.

    BalasPadam
  6. Salam kemerdekaan...syukur M'sia aman & makmur..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.