Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Lelaki Hebat Harus Bagaimana?
Lelaki yang hebat itu siapa? Adakah diri anda sudah yakin hebat atau bagaimana? Lelaki hebat itu bukan siapa yang asal genre lelaki maka hebat lah dia. Lelaki hebat itu sangat luas maksudnya, meliputi semua aspek yang bersesuaian dengan sikap, peribadi atau kerjaya lelaki atau kebijaksanaan lelaki. Lelaki adalah pelindung apatah lagi jika lelaki sudah bergelar suami, dia adalah lelaki pelindung, pendamping dan sebagai warna mencorakkan kebahagiaan rumah tanggannya.
Lelaki jika dalam skop lain boleh jadi hebat sebagai penggoda, tampan dan segak, berkulit putih licin atau sebaliknya, pemutar belit, pembuli, hebat bergaduh, lelaki kuat, penipu dan si lelaki mata keranjang serta lain-lain kehebatan. Bukan seperti ini lelaki hebat yang kita mahukan yang masyarakat mahukan yang negara mahukan dan yang agama kita mahukan.
Lelaki hebat itu boleh menjadi untuk semua lelaki dalam skop banyak perkara tetapi di mata Allah ada iman di jiwa, ada kesabaran di jiwa, ada kasih sayang di jiwa, ada kehambaan di jiwa, ada kecintaan yang luar biasa meliputi kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan ke arah hidup di akhirat sana yang kekal abadi.
Di ringkaskan catatan ini, apabila lelaki berikan sentuhan kasih sayang kepada anak zuriat yang dilahirkan, kepada isteri yakni wanita disampingnya, menyayangi sesama insan, sopan santun bicara, lembut berbicara, menegur penuh hikmah, menjaga amalan baik meninggalkan amalan yang buruk, menjaga solat, mengutamakan hubungan baik dengan Allah dan sebagainya perkara yang baik itulah sebenarnya LELAKI HEBAT di mata kita. Tampilah seperti lelaki hebat itu, pasti ke mana pun anda pergi akan menemui rahmat dan kejayaan dalam hidup yang Allah anugerahkan. Kerana janji Allah memberi yang terbaik kepada lelaki hebat pasti Allah ijabahkan. Salam sayang dari Etuza.Jumpa lagi pada artikal lain menyusul.
Lelaki dan kerjayanya
Lelaki yang amat menyayangi wanita di sisinya , zuriat yang dilahirkan
Lelaki yang menyayangi isterinya menjadi dambaan wanita
Ha mohon faham apa kata dan pesan monyet muka emas ni ya
Lelaki yang rajin memburu masa depan ke arah kejayaan, itu hebat kan
Lelaki berpegang pada agama Allah ( agama Islam )
Lelaki yang suka membantu, memudahkan orang lain, hebat tu
Lelaki yang ada perasaan kasih sayang, sentiasa memberi bantuan itu hebat sekali
Lelaki yang mencurah kasih dan cinta pada kelaurga, kita semua dambakan itu
Lelaki harus wajib menyanyangi ibubapa dan semua keluaraga sesama saudara
Lelaki tak kira muda, yang tua harus menghargai dan menyayangi mengasihi mereka
Sejuk hati melihat lelaki ringan tangan membantu ibu dalam hal penjagaan anak/zuriat
Kehebatan seorang lelaki tu subjektif, bergantung kepada pandangan si pencintanya... hebat bagaimana yg harus dikatanya hebat, mostly lelaki penyayang yg selalu melindungi dan sanggup berkorban demi keluarganya selalu ~ Mesej KAK MIM( Blogger Malaysia )
Teruskan pembacaan / menarik untuk guru klik SINI
4 Ulasan
Kehebatan seorang lelaki tu subjektif, bergantung kepada pandangan si pencintanya... hebat bagaimana yg harus dikatanya hebat, mostly lelaki penyayang yg selalu melindungi dan sanggup berkorban demi keluarganya selalu dipandang hebat di mata isteri dan wanita di sekelilingnya
BalasPadamBersetuju dengan anda, terima kasik Kakim
PadamLelaki hebat itu adalah yg hebat dimata si isteri bukan pada mata yg lain.. hebatnya suami di mata isteri.. maka bahagia lah segala nya..
BalasPadambagi Taufik sama pendapat dengan kakmim, buat yang terbaik untuk yang tersayang
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.