Selamanya Tidak Kembali

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bersua kembali dalam blog ini. Maafkan saya, kerana terlalu lama menyepi diri. Apapun blog bukan keutamaan kita, tetapi yang realiti di hadapan adalah yang sangat penting dalam kehidupan kita.

Saudara semua, teman blogger yang saya hargai, saya kasihi saya hormati, ibubapa kita adalah insan yang telah melahirkan kita di dunia ini. Membesarkan kita dan menatang kita dengan penuh kasih sayang. Tak terbalas walau apa kita datangkan  kepada ibubapa biar emas permat dan air mata darah sekalipin, tak akan mampu membalas setitis darah ibu melahirkan. 

Ibu dan bapa insan yang amat kita hargai. Namun apabila ajal mereka tiba, kita tidak mampu menahan mereka lagi agar terus bersama kita. Tahun 2024 ibubapa saya telah kembali kerahamatullah dalam tahun yang sama. Ayah pergi pada Januari 2024 kemudian ibu menyusul pergi tidak kembali pada bulan Mei 2024. Mereka berdua disemadikan di tanah perkuburan orang Islam di Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah. 

Ya Allah kepadaMu kami pohonkan ampuni dosa ibubapa kami, tempatkan mereka disisi orang yang beriman dan permudahkan mereka di alam barzak. 

Kepada kawan-kawan blogger yang mengenali Etuza menerusi blog ini, sudilah HADIAhHKAN AL-FATIHAH KEPADA ARWAH AYAH KAMI AYUB BIN ANSANAP DAN FATIMAH BTE ASINTI. ALFATIHAH...

Hidup ini tidak selalu bahagia, kadang kita diuji dengan 
kesedihan...

Ayah , Mama ampuni kami anak-anak mu.
damailah di alam kubur...Ampuni mereka ya Allah.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Semoga roh mereka berbahagia di sana

    BalasPadam
  2. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh

    BalasPadam
  3. Semoga Allah mengampuni mereka berdua, mengasihi mereka, menyayangi mereka dan merahmati mereka. Ada yang menyebutkan tentang penghormatan terakhir kepada semati sebenarnya tiada penghormatan terakhir sehinggalah kita sendiri menemui ajal. Sepanjang ketiadaan mereka kita sentiasa memberi penghormatan dengan menyebut perkara baik tentang mereka, mendoakan mereka selalu, dan berbuat baik kepada kenalan-kenalan mereka.

    BalasPadam
  4. innalilillahiwainnailaihirojiun...al fatihah takziah cikgu n fmili

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.