Amalan Terbaik Ketika Memandu Di Jalan Raya

 Amalan Terbaik Ketika Memandu Di Jalan Raya

Asalamualaikum & Salam sejahtera.

Salam ceria semua buat blogger di seluruh Malaysia atau di seluruh Dunia. Juga salam ceria dan penghargaan yang tulus kepada pembaca maya di luar sana. 

Agak ketinggalan memuatkan satu entri pada hari ini. Jika berterusan pasti merundum statistik pembaca di blog kita, kehadiran pembaca juga pasti merundum teruk. Nanti terbit rasa tidak seronok berblog. cepat-cepat lah kita updatedkan blog ya. Boleh menceriakan hari-hari dalam kehidupan kita.

Permis Latihan Pemanduan Berhemah di Keningau, Sabah

Kali ini addmin blog Pesona Etuza, rasa tertarik hendak kongsikan amalan yang kira terbaik dengan izin Allah semasa kita memandu kereta atau apa sahaja transport di jalan raya. Jangan ambil mudah dan remehkan hal dalam banyak perkara semasa anda memandu kereta.  

Kerana jika anda remehkan dengan tidak mengambil tahu hal keselamatan di jalan raya, pasti akan berlaku sesuatu yang buruk di luar jangkaan. Bagi yang sudah banyak pengalaman memandu kenderaan atas jalan raya, pasti ada mengalaman insiden yang mencemaskan dan mendebarkan. 

Sebab itu sangat perlu amalkan sesuatu yang mampu memberikan kesan baik terhadap pemanduan kita. Dan amalan ini addmin telah lama amalkan dan dengan izinNya kita selamat dalam pemanduan. InshaAllah.

Sebelum membuat pemanduan periksa semua keadaan
luar dan dalam kereta. Servise dan cukup minyak ingine.

Perkara utama yang harus dilakukan sebelum memandu ialah :-

Amalkan Berdoa 

Berdoa iaitu amalkan " Doa Naik Kenderaan " Baca al fatihah dan susuli dengan selawat nabi ke atas Nabi Muhammad SAW. Kemudian kita doakan juga pemandu lain diatas jalan raya. Sama ada pemandu kenderaan yang sedang memandu di hadapan, di belakang, di kiri dan kanan kita. Ringkasnya doakan kita semua selamat dalam pemanduan. 

Amalan berdoa sangat penting agar kita sedari awal memohon agar Allah selamatkan kita semua. Pengalaman addmin di satu jalan ketika berada di jalan raya menuju ke Pelabuhan Menumbuk, Sabah. Pemandu motorsikal tiba-tiba masuk ke simpang kanan tanpa memasang signal, menjadikan addmin terkejut, dalam masa sama addmin cuba memintas motorsikal tersebut kerana pemandu motorsikal tidak memasang signal  petunjuk pemandu masuk ke simpang kanan.

Mujur addmin tidak memandu laju, hingga terus memulas stering ke simpang kanan dan menghentikan kenderaan. Ketika itu juga pada arah simpang kanan ada sebuah kenderaan bergerak perlahan seolah bersedia menghadapi kemungkinan. Addmin blog sempat menegur pemandu motorsikal agar memasang lampu isyarat sedari awal. Pemilik motorsikal memberitahu bahawa signal motorsikalnya tidak berfungsi.

Dengan doa yang kita baca mampu memberkati tiap pemanduan kita, merahmati dan melindungi kita dari bala musibah. Justru amalkan berdoa setiap kali membuat pemanduan di mana sahaja.

Jadilah pemandu yang berhemah di atas jalan raya.
Ingat bahawa ramai mengunakan jalan raya

Service Dan Buat Pemeriksaan Kenderaan

Buat pemeriksaan kereta anda, service terlebih dahulu, termasuk memeriksa tayar dan brek kereta. Pastikan lampu signal kiri dan kanan berfungsi dan jarum had laju dan jarum minyak kereta berfungi.

Tindakan demikian di atas adalah tindakan yang terbaik demi keselamatan kereta dan pemandu kereta di atas jalan raya, termasuk keselamatan pemandu lain. 

Jika ramai pemandu yang memandu secara berhemah di jalan raya, pasti tidak akan berlaku kemalangan jiwa di atas jalan. Amalkan dua amaln ini, semoga kita semua selamat 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Terima kasih perkongsian.
    Kadanng sangat teruji kesabaran dengan sikap sesetengah pemandu.Rasa hangin ja dalam hati.Tapi bila fikir balik,nasib baik Allah masih jaga kita tak terlibat dalam kecelakaan dijalnraya....Semoga kita bukan sebahagian dari pemandu yang tak bertanggungjawab.Moga Allah lindungi kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2 tu..kita jadila pemandu yang berhemah

      Padam
  2. berhati-hati memandu di jalanraya n pastikan kereta tiada masalah kan

    BalasPadam
  3. bila memandu kene berhati2 kepada penunggang motosikal.. kadang2 dia org ni bawak moto mcm jalan tu dia sorang jer yg guna

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian. saa tidak suka memandu, tapi terpaksa juga kalau ada urusan. hehe. paling takut penunggang motosikal dan basikal

    BalasPadam
  5. abe kie memandu secara berhemah tp ada pemandu yg memandu sesuka hati aje. geram tul!

    BalasPadam
  6. bila bawak kereta, minda kena fokus dan tenang. kalau tak, haru biru dibuatnya :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.