Oktober 2021
Salam bloggers Malaysia, salam semua rakan pembaca maya. Semaga kehadiran 1 Oktober 2021, sebagai tanda pemula selanjutnya di bulan Oktober kita perolehi banyak kebahagiaan banyak kebaikan dan kejayaan yang kita capai di bulan Oktober. Semoga juga Oktober lebih banyak yang terbaik dari bulan September 2021 yang lalu.
Berfikir lagi minda ini, harus apa lagi hendak dituai dan kita kongsi bersama dalam blog Etuza Warna - Warna Kehidupan ini. Idea buah fikiran petik ja di hujung jari. Bukan mudah ya, banyak kekangan dan halangan. Usah rasa bangga kehadiran berbagai idea di benak fikiran.
Sebaiknya kita fikir semasak-masaknya, dan barulah tampilkan paparan penulisan di blog kesayangan kita. Oktober, kita sambut dengan hati girang kerana pasti akan ada dan akan ada idea bernas di minda hasil sentuhan minda yang sihat bersih yang Allah kurniakan.

Etuza ketika berada di Taman Layang-Layang labuan.
Hari ini, telah sepakat warga sekolah Etuza untuk mengadakan majlis ringkas Majlis Perpisahan dengan Guru Besar kami En. Ramlee Bin Tiasin yang mendapat pertukaran bertugas ke SK. Magatang, Keningau. Satu gugusan dengan sekolah Etuza juga. Dekat dalam kiraan tiga kilometer sahaja.
Bertemakan, pakaian hitam putih, kami sepakat datang ke sekolah dengan berpandukan SOP berjumpa dengan Guru Besar kami kali yang terakhir bersama di sekolah Etuza. Tema pakaian kata pengerusi bertema "HITAM PUTIH KEHIDUPAN" bererti pakaian rasmi dengan pakaian putih dan hitam. Mudah ja, Etuza pakain pakaian koprat ok lah.
Baiklah teman semua, pagi ini, sempat sampaikan infor ini. Etuza menghadiri Majlis Perpisahan Guru Besar. Semoga jumpa lagi di lain paparan.

8 Ulasan
" Hitam putih kehidupan" tema pakaian...
BalasPadamOKTOBER SUDAH MENJELMA KISAH HIDUP BARU BERMULA
BalasPadamMujur tak jauh. Boleh jumpa luar waktu sekolah InsyaAllah
BalasPadamMinta2 dijauhkan tragedi oktober...dah la kita ada ingatan manis di bulan september sesudah menyambut 31 ogos.....hehehehe...
BalasPadamsalam 1 oktober.. dlu sy x suka warna hitam.. skrg dh suka pulak pakai warna hitam sejajar dgn pertambahan usia kot... haha
BalasPadamSalam Jumaat cikgu.
BalasPadamtema hitam putih senang sebab kebiasaan 2 warna itu memang ada dalam almari
BalasPadamSemoga kes covid semakin berkurang di bulan Oktober ini. We need to live like before
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.