Datang Cari Makan di BTC Bistro Inanam, KK, Sabah Bayu.
Tempoh hari sebelum flight ke Kuala Lumpur, kami sekeluarga datang ke BTC Bistro Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan hendak cari makan malam, dan BTC Bistro Inanam adalah tempat makan pilihan anak sulung.Kami datang awal dari dua orang anak kami yang tinggal di Tuaran, Sabah. Agak lama juga menunggu kerana Tuaran ke Inanam agak jauh dan dalam keadaan Jalan Raya jemmad apabila ramai keluar balik ke rumah dari sekolah dan dari pejabat. Kami dengan sabar menunggu kehadiran anak ke BTC ini.
Melihat permis BTC Bistro, nampak mewah dengan situasi bercahaya dan mempunyai ruang makan yang sangat luas dengan suasana sangat harmoni, indah, tenang dan kelihatan juga layanan amat mesra apabila pelayan bertugas sentiasa tersenyum kepada pelanggan yang datang cari makan di BTC Bistro, Inanam.
Piala FA, Big Saiz Skrin TV dan tayangan World Cup di Bistro Menjadi Tumpuan Ramai Peminat Bola.
Memerhati suasana tempat makan yang santai di BTC Bistro, rupanya tempat ini menjadi tumpuan peminat bola sepak FA Piala Dunia. Masa itu Etuza ada mendengar dan mengetahui perlawanan antara Spain dan Argentina menarik perhatian. Skrin TV di BTC Bistro sangat besar dan amat jelas. Semakin ramai yang datang untuk menonton perlawanan langsung ke dua buah negara maju itu dalam FA World Cup.
Sajian Istemewa Di BTC Bistro Inanam.
Alhamdulillah anak dua orang telah sampai dan segera kami menjamu selera kerana agak lapar dari Keningau. Cucu Etuza juga makan bersama dan kelihatan berselera di suap oleh ayahnya. Alhamdulillah, sajian yang dihidangkan memang lazat dan persembahan makanan di atas pinggan amat menarik. Tetapi Etuza tidak sempat mengambil gambar juadah anak-anak melainkan juadah yang Etuza oder sahaja.
Bilik air lelaki dan wanita juga sangat bersih dan luas. BTC Bistro menyediakan ruangan solat yang amat mesra dengan pelanggan. Oleh kerana Etuza sudah melaksanakan solat jamak maka tidak sempat masuk ke bilik solat di BTC Bistro, Inanam.Pertama kali datang cari makan di BTC Bistro Inanam, kemungkinan akan datang lagi apabila datang ke Kota Kinabalu Sabah.Setakat ini Entri Etuza yang tertangguh di Blog. Kepada teman bloggers dan pembaca maya, terima kasih kerana sudi klik dan baca artikal di Blog Pesona Etuza, Jumpa lagi.

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.