Nafas Lega Legasi Teruskan Perjalanan Jauh

 Nafas Lega Legasi Teruskan Perjalanan Jauh

Asalamualaikum & Salam Sejahtera .

Meninjau keadaan Jalan Raya kawasan Liau Darat Apin-Apin, Keningau, sejak kemarin 11.9.2021 lebuh raya tersebut boleh di gunakan. Masyarakat Keningau dan sekitar boleh lah bernafas lega meneruskan perjalanan jauh ke tempat destinasi masing-masing. Legasi urus niaga atau perniagaan boleh diteruskan dengan tidak lagi menggunakan jalan pintas di Jalan Magatang- Apin-Apin, Apin-Apin - Tambunan dan Tambunan - Kota Kinabalu, Sabah ekoran runtuhnya dengan teruk jalan menghala dari Apin-Apin ke Tambunan seminggu yang lalu.


Keadaan jalan raya menuju ke SOOK, Nabawan dan ke desa Etuza nampaknya agak relex sejak petang kemarin. Ini terbukti Etuza dapat balik ke rumah dalam masa yang singkat berbanding sebelum kemarin. Jalan raya yang amat sibuk akibat jalan raya di kawasan Liau Darat terputus teruk akibat hujan dan bencana alam yang tidak dapat dielakkan berlaku seminggu yang lalu. Syukur para pemimpin besar khasnya Timbalan Menteri Sabah telah melakukan lawatan dan menyatakan akan segera jalan tersebut di baiki telah menepati janjinya. Beginilah pemimpin yang prihatin terhadap masalah rakyat dan infrastruktur. Untuk infor lebih jelas klik pautan ini https://wartaoriental.com/.

klik SINI 

Gambar dari whatssup Etuza

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kebanyakan jalan berturap yang runtuh dalam kejadian kelmarin adalah dibawah kendalian pihak konsesi yang telah dilantik oleh Kerajaan dan pihak mereka telah pun diarahkan untuk memperbaikinya segera.

Boleh di lalui kata seorang rakan Etuza di whatssap..
Jalan pintas sementara dari Jalan Apin-Apin 
ke Tambunan, Kota Kinabalu.


gambar whatssup ihsan dari Rahiman Sari

gambar wahtssup ihsan dari Zairul ( Kg. Bayangan , Keningau)

Gambar-gambar keadaan jalan raya sementara yang kini boleh di lalui. Boleh bernafas lega, masyarakat terutama sekitar Apin-Apin Keningau dan masyarakat Tambunan. Boleh ulang alik ke Keningau dan ke Kota Kinabalu tanpa melalui desa Penagatan Laut, Penagatan Ulu. Alhamdulillah dan syukur.
~etuza~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Semoga pembinaan jalanraya yg merupakan keperluan utama penguna dpt disiapkan segera..

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah. Jalan raya yang elok dan sempurna memang keperluan masyarakat untuk teruskan aktiviti seharian. Moga akan baik-baik saja selepas ini.

    BalasPadam
  3. Masih perlu berjaga2 sebab ada lagi musim tengkujuh pada akhir tahun nanti

    BalasPadam
  4. semoga Sabah terus membangun tuan...Sabah dan Sarawak umpama adik beradik

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Memang teruk ye banjir sampai runtuh jalan. Harap penduduk Keningau hati-hati kerana hujung tahun lazimnya hujan lagi lebat

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.