Nafas Lega Legasi Teruskan Perjalanan Jauh

Asalamualaikum & Salam Sejahtera .

Meninjau keadaan Jalan Raya kawasan Liau Darat Apin-Apin, Keningau, sejak kemarin 11.9.2021 lebuh raya tersebut boleh di gunakan. Masyarakat Keningau dan sekitar boleh lah bernafas lega meneruskan perjalanan jauh ke tempat destinasi masing-masing. Legasi urus niaga atau perniagaan boleh diteruskan dengan tidak lagi menggunakan jalan pintas di Jalan Magatang- Apin-Apin, Apin-Apin - Tambunan dan Tambunan - Kota Kinabalu, Sabah ekoran runtuhnya dengan teruk jalan menghala dari Apin-Apin ke Tambunan seminggu yang lalu.


Keadaan jalan raya menuju ke SOOK, Nabawan dan ke desa Etuza nampaknya agak relex sejak petang kemarin. Ini terbukti Etuza dapat balik ke rumah dalam masa yang singkat berbanding sebelum kemarin. Jalan raya yang amat sibuk akibat jalan raya di kawasan Liau Darat terputus teruk akibat hujan dan bencana alam yang tidak dapat dielakkan berlaku seminggu yang lalu. Syukur para pemimpin besar khasnya Timbalan Menteri Sabah telah melakukan lawatan dan menyatakan akan segera jalan tersebut di baiki telah menepati janjinya. Beginilah pemimpin yang prihatin terhadap masalah rakyat dan infrastruktur. Untuk infor lebih jelas klik pautan ini https://wartaoriental.com/.

klik SINI 

Gambar dari whatssup Etuza

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kebanyakan jalan berturap yang runtuh dalam kejadian kelmarin adalah dibawah kendalian pihak konsesi yang telah dilantik oleh Kerajaan dan pihak mereka telah pun diarahkan untuk memperbaikinya segera.

Boleh di lalui kata seorang rakan Etuza di whatssap..
Jalan pintas sementara dari Jalan Apin-Apin 
ke Tambunan, Kota Kinabalu.


gambar whatssup ihsan dari Rahiman Sari

gambar wahtssup ihsan dari Zairul ( Kg. Bayangan , Keningau)

Gambar-gambar keadaan jalan raya sementara yang kini boleh di lalui. Boleh bernafas lega, masyarakat terutama sekitar Apin-Apin Keningau dan masyarakat Tambunan. Boleh ulang alik ke Keningau dan ke Kota Kinabalu tanpa melalui desa Penagatan Laut, Penagatan Ulu. Alhamdulillah dan syukur.
~etuza~