Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang Darul Makmur
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca maya.

Hari ini hari ke empat berada di Kuantan, Pahang. Rasa gembira sekali apabila kami bersiaran di banyak tempat menarik di Kuantan Pahang darul Makmur, negeri yang luas dan kaya dengan keindahan. Bertuahnya masyarakat Kuantan, Pahang yang memiliki persekitaran atau tempat semulajadi yang sangat indah sekali ini.

Antara yang Etuza dan anak-anak ziarah ialah Masjid Sultan Ahmad 1, sebuah masjid yang bertema kan warna biru dan putih, di bina dengan seni ukiran yang amat menarik. Melihat dalaman masjid ini, Etuza lantas teringat Masjid Nabawi dan Masjidiharam. Ada persamaan dari segi tempat letak Al-Quran pada tiang dalam masjid ini. Ya Allah cantik sekali, subahanallah.

Etuza sekeluarga sebenarnya singgah menunaikan solat Zohor dan sempat berjemaah di dalam masjid ini. Dalam kesempatan itu Etuza ada mengambil gambar kenangan kami. hasilnya ada beberapa di letakkan dalam blog ini untuk tatapan pembaca maya khasnya di blog Etuza ini. 

 Masjid Sultan Ahmad 1
 Kuantan Pahang Darul Makmur Cantik sekali..

Semasa kami datang ke Masjid ini ada ramai muslim muslimat yang datang menunaikan solat, silih berganti. Pada laluan utama masuk ke dalam masjid ini diletakkan kapit merah, wow ! jemaah bagaikan disambut mesra masuk ke dalam. Selain ada tempat menarik seperti rekreasi tempat berehat santai. Minum air sejuk pun ada secara percuma, disediakan gelas dan ada singki untuk membersihkan gelas yang telah di pakai. Terdapat banyak kemudahan dalam masjid ini. Selain ada klinik disamping masjid ini dan ada pondok mesin atm. Persekitaran luas dan sejuk mata memandang masjid yang sangat gah ini di Kuatan, Pahang Darul makmur.

Dalam masjid..putih bercahaya...

Ruang rehat dan santai dalam masjid ini ada kawasan rekreasi
yang menarik..siapa datang pasti nak ke sini..

Pintu Gerbang yang menarik..


Ruang ambil wuduk

Kaunter perkhidmatan, pertanyaan dan risalah,
 informasi adalah di sini..

Ada juga kegunaan untuk non Muslim..bagusnya

Ada klinik dekat masjid ini, di sebelah masjid sahaja

Anda mesti tau tempat ini apa, ha mesin ATM
boleh lah tambah duit anda..

Ya Allah..kami amat bersyukur diberi nikmat ziarah 
di Kuantan Pahang dan sempat datang solat di MasjidMu 
yang sangat indah ini Terima kasih ya Allah

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Cantik sungguh rumah Allah ni. Nanti kalau ke Kuantan, LeYa nak singgah jugak laa

    BalasPadam
  2. Iya cantik..mesti singgah ya Illya Leya..ambil berkat

    BalasPadam
  3. Saya dh sampai sekali kt sana..mmg cantik masjidnya..luas,lenguh kali nk menapak..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah
    Tempat yang paling indah dan damai

    BalasPadam
  5. Subahanallah.. mmg cantik etuza..
    Sejuk Mata memandang..

    BalasPadam
  6. Masyaa Allah cantik.. belum diizinkanNya sampai ke sini lagi :)

    BalasPadam
  7. mohon diizinkan oleh Allah utk ke masjid yg indah ni..

    BalasPadam
  8. Berapa hari Cikgu berada di Kuantan?

    BalasPadam
  9. Blogger Umi Aliya..ada dalam 4 hari, hari ke lima balik Sabah sudah..

    BalasPadam
  10. memang cantik masjid..pernah sekali berpeluang ke sana kerana ada kenduri kahwin di kuantan

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.