Tetamu Yang Ditunggu

Tetamu Yang Ditunggu
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

20 December 2018, hari Khamis lalu, memang banyak kerja rutin Etuza selain melayan blog ini. Antaranya ketika itu menunggu tetamu yang katanya hendak melawat ke laman Etuza dalam lingkunag jam 2.00 petang. Mereka berdua adik beradik dan merupakan kakitangan pendidikan. Kerja cikgu lah mereka ini. Hari ini juga adik dari Tamparuli, Kota Kinabalu balik kampung dan mereka hendak berjumpa dengan Etuza juga, kerana jarang bersua.Inilah masa cuti sekolah dapat berkumpul di rumah mak ayah.

Dalam masa sama ada teman hendak menghantar tanah organik, katanya juga sebelah petang hendak hantar sebaik ada masa terluang katanya. Bab kerja angkat tanah organik ini memang kerja lelaki dan ada dua orang teman nak datang. Alhamdulillah dah pun di hantar tanah hitam organik itu.

Sebaik jam 2.30 petang masa itu datanglah kereta kembara di pandu oleh wanita. Dah sah mereka adalah TETAMU DI TUNGGU-TUNGGU( Updated ANUGERAH-KLIK ). Mereka datang dengan senyuman dan memang Etuza sangat merasa senang hati kunjungan mereka semua. Namum mama di rumah tiada pula kerana ada Program Memasak di Masjid Rahim. Dia terlibat bersama ipar Etuza, tidak sempat lah berbual dengan cikgu ini.

Meja tradisional jenis kayu menunggu tamu yang datang.Sudilah duduk nanti..

Rupannya mereka datang ada tujuan , iaitu hendak melihat koleksi BUNGA KERTAS Etuza yang mereka terdengar ada berbagai jenis. Etuza akui memang banyak jenis siap dengan nama jolokan di Daerah Etuza, ada berbagai nama yang mereka beri walhal bunga kertas juga sebenarnya. Etuza cubalah ingat nama-nama jolokan bunga kertas ini. Nampaknya kedua guru ini amat berminat. Terjadilah situasi pilih dan memilih benih bunga kertas di laman Etuza. Ada banyak mereka suka hanya yang ada benih stok dapat Etuza berikan. Alhamdulillah rezeki dariNya. Syukran ya Allah.

 Merekalah tetamu ditunggu Cikgu Jalifah dan Cikgu Nurhafizah..

Cikgu Jalifah Azalan - Baby dia 5 bulan. Comel kan..

Bunga kertas pilihan mereka berdua..Dah minat bunga. Semoga
tanaman mereka hidup subur..

Sebelum balik ke rumah mereka beritahu Etuza ada laman di hadapan rumah katanya. Mereka bagi tengok dalam handphone gambar laman mereka. Hebat cantik dan tersusun kemas bunga hiasan di tepian laman indah itu. Sebab itu mereka cuba mencari koleksi bunga kertas untuk di tanam di pasu katanya. Bunga kertas di pasu juga mereka mahu tetapi biasanya Etuza tak jual dalam pasu besar. Hanya jual benih bunga kertas di bayung hitam dan pada pasuan kecil sahaja. Terima kasih Cikgu Hafizah dan Cikgu Jalifah kerana sudi datang melawat laman Etuza yang belum tersusun kemas. Inilah laman seorang lelaki, main letak saja asal dapat sinaran matahari.

Terima kasih, jemput datang lagi ya..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. ALHAMDULILLAH TETAMU YG HADIR SENTIASA BAWA REZKI-NYA BERSAMA

    BalasPadam
  2. Wahh dh macam nuseri pulak laman cikgu ya

    BalasPadam
  3. Wahh kalau dah minat. Pokok saya baru je ditenggelami air. Nasib baik xmati semuanya

    BalasPadam
  4. Meja kerusi kayu tu buat sndri ka cikgu. . Best kt laman ada meja kerusi macam tu. .Bole duduk sembang petang sambil minum kopi

    BalasPadam
  5. Suka tgk laman rumah cikgu, hijau, sejuk mata memandang

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.